Harian Metro

City waspada

- AFP

„ De Bruyne sasar aksi final Liga Juara-Juara, tekad bantu Citizens benam Monaco minggu ini

Bintang Manchester City Kevin De Bruyne menyasarka­n untuk pergi lebih jauh dalam misi Liga Juara-Juara biarpun skuad Pep Guardiola

perlu terlebih dulu berdepan aksi kedua, pusingan 16 terakhir menentang Monaco yang lebih mencabar minggu ini.

City bangkit daripada ketinggala­n dua kali untuk mengatasi pendahulu liga Perancis itu pada perlawanan pertama di Manchester tetapi ancaman penyerang Monaco masih mampu memusnahka­n harapan kelab Liga

Perdana Inggeris itu.

(gambar)

Di bawah kendalian Manuel Pellegrini musim lalu, City mara ke separuh akhir buat kali pertama, tewas kepada juara musim itu Real Madrid 0-1 secara agregat dan De Bruyne yakin mereka mampu pergi jauh bersama Guardiola.

“Saya fikir kami mampu mara ke final tapi sudah tentu pasukan lain akan berfikir perkara sama dan ia tidak akan menjadi lebih mudah,” tegas pemain Belgium itu.

“Perlawanan pastinya sukar ketika menentang Monaco, mereka pasukan yang baik ketika ini tapi kami amat positif dan jika kami menewaskan mereka, kami akan ke suku akhir.

“Selepas

itu, final sudah tidak jauh lagi,” jelasnya.

Guardiola menang semua tujuh aksi 16 terakhir bersama Barcelona dan Bayern Munich tetapi aksi City di tempat lawan kebelakang­an ini dianggap sederhana dengan yang terbaik hanya satu kemenangan daripada enam perlawanan terakhir di Eropah.

“Kami mahu mara lebih jauh tapi kami tidak boleh lupakan pasukan yang akan ditemui. Serangan mereka terbaik setakat ini,” kata Guardiola selepas City menewaskan Middlesbro­ugh 2-0 untuk mara ke separuh akhir Piala FA.

“Ia pasti sukar tapi kami akan mempamerka­n kelebihan sendiri dan cuba menjadi antara lapan pasukan terbaik Eropah.”

Radamel Falcao, yang menjaringk­an dua gol di Stadium Etihad, dijangka kembali menyertai skuad utama awal pagi Khamis ini selepas muncul sebagai pemain simpanan sebelum menang 2-1 ke atas Bordeaux yang membolehka­n Monaco mendahului tiga mata di puncak liga. Madrid: Kapten Real

Madrid Sergio Ramos menjaringk­an gol kemenangan lewat permainan sekali lagi ketika juara Eropah itu memintas Barcelona di puncak La Liga dengan kemenangan 2-1 ke atas Real Betis, awal pagi semalam.

Sebelum itu pengurus Barca Luis Enrique mengakui pasukannya bergelut untuk melupakan keseronoka­n mencetus kebangkita­n Liga Juara-Juara ke atas Paris Saint-Germain apabila juara Sepanyol itu dikejutkan dengan kekalahan 1-2 kepada Deportivo la Coruna.

Kemenangan Madrid melonjakka­n mereka dua mata mengatasi Barcelona dengan kelebihan kurang beraksi satu perlawanan.

 ??  ?? DE BRUYNE (kanan) optimis City mara lebih jauh dalam saingan Liga Juara-Juara.
DE BRUYNE (kanan) optimis City mara lebih jauh dalam saingan Liga Juara-Juara.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia