Harian Metro

‘Berjuang habis-habisan’

- Rizar Mohd Noor sukan@hmetro.com.my

Kapten Johor Darul Ta’zim (Johor DT), Safiq Rahim tidak rela keciciran mata lagi dan menuntut rakan sepasukan berjuang habis-habisan bagi memastikan kemenangan apabila menentang Global FC pada aksi Kumpulan F Piala AFC di Stadium Larkin, malam ini.

Bagi Safiq, kelab dari Filipina itu bukan calang-calang pasukan kerana dibarisi ramai pemain kebangsaan negara itu dan mereka mampu memberi ancaman jika bersikap ambil mudah pada aksi itu.

“Apa yang mustahak sudah pasti perlu mengekalka­n momentum permainan dan sentiasa positif apabila beraksi nanti tanpa melakukan kesilapan mudah bagi mengelak pasukan lawan mendominas­i perlawanan.

“Kesempatan beraksi di laman sendiri harus dijelmakan dengan keputusan positif untuk kembali menerajui Kumpulan F bagi menamatkan pusingan pertama saingan Piala AFC.

“Sesiapa saja yang tersenarai dalam kesebelasa­n utama harus memberi persembaha­n terbaik dan ia aksi terakhir sebelum kami berehat sekurang-kurangnya lima hari dan inilah masanya untuk mempamer aksi lebih 100 peratus,” ujarnya.

Mengulas mengenai corak permainan pemain muda Johor DT, Afiq Fazail yang tampak konsisten apabila beraksi dalam kesebelasa­n utama, Safiq tidak menafikan pemain itu memiliki gaya permainan tersendiri dan sebagai rakan sepasukan harus sentiasa memberi sokongan membantuny­a di posisi

„ Safiq tak rela tercicir mata menentang Global FC malam ini

tetap mengingatk­an pemainnya supaya berwaspada dengan taktik permainan Global FC.

“Walaupun kami mengharung­i jadual yang padat selepas beraksi 13 perlawanan dalam tempoh 45 hari, namun itu bukan alasan kerana kami perlu serius dan tiada kompromi bagi memastikan rekod bersih di laman sendiri terus kekal bersih.”

 ??  ?? SAFIQ (dua dari kiri) bersalaman dengan kapten Global FC Bahadoran (dua dari kanan). pada sidang media semalam.
SAFIQ (dua dari kiri) bersalaman dengan kapten Global FC Bahadoran (dua dari kanan). pada sidang media semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia