Harian Metro

Imai azam raih tiga mata

-

Johor Bahru: Ketua jurulatih Global FC, Toshiaki Imai berazam memastikan tiga mata mampu dibawa pulang bagi menamatkan pusingan pertama di tangga teratas apabila menentang Johor Darul Ta’zim (Johor DT) di Stadium Larkin, malam ini.

Kelab dari Filipina itu kini mengunggul­i kumpulan itu selepas mengumpul enam mata diikuti Johor DT di tangga kedua dengan empat mata dan pastinya pertembung­an kedua-dua pasukan akan mencetus taktikal menarik dalam pemburuan tangga teratas.

Apa pun pengendali dari Jepun itu yang memiliki pengalaman selama 24 tahun selaku jurulatih, tampak tidak mahu barisan pemainnya tertekan apabila berdepan juara Piala AFC 2015.

“Kami tiba di Johor Bahru sejak dua hari lalu dari Kemboja selepas menentang

Beoungket Angkor dan berkesempa­tan melihat aksi Johor DT menentang UiTM FC dan tidak dinafikan pasukan itu dibarisi pemain hebat namun dalam permainan bola sepak apa-apa bola terjadi.

“Berada di tangga teratas sememangny­a bernasib baik selepas Johor DT seri 1-1 dengan Magwe FC dan kami ingin kekal selaku pendahulu malah saya tidak mahu pulang dengan tangan kosong.

“Johor DT memiliki barisan hebat dan saya lihat tiga pemain iaitu nombor 9 (Hazwan Bakri), nombor 11 (Gonzalo Cabrera) dan nombor 22 (Gabriel Guerra) pemain berbahaya buat pasukan itu dan kami kena awasi pergerakan mereka,” kata Imai.

Dalam pada itu, kapten Global FC, Misagh Bahadoran tampak optimis mampu menjinakka­n skuad Harimau Selatan bagi memastikan kedudukan teratas kumpulan itu tidak tergugat.

“Walaupun Johor DT beraksi di laman sendiri tapi mereka lebih tertekan kerana mahukan kemenangan di depan penyokong sendiri dan kami akan gunakan kesempatan untuk menafikan usaha pasukan itu.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia