Harian Metro

Afgan giat berlatih

- DARI MUKA 1

Pastikan konsert di Johor Bahru pada 8 April ini beri kepuasan kepada peminat

“Sebelum ini saya pernah pernah merakamkan lagu duet dengan SonaOne. Pastinya saya mahu bekerjasam­a lagi dengan penyanyi negara ini.

“Selain Sheila, saya juga berminat bekerjasam­a dengan Yuna kerana mereka mempunyai aura dan personalit­i tersendiri. Saya amat kagum dengan bakat mereka,” katanya.

Barangkali bumi Malaysia sudah dianggap seperti rumah keduanya untuk berkongsi rasa cinta terhadap bidang muzik selain tempat mencari rezeki.

Bakal meneruskan siri konsert jelajahnya di Johor Bahru pada 8 April ini,

Afgan kini giat berlatih bagi memastikan konsert terbabit berjalan lancar selain memberi kepuasan kepada peminat.

Pada September tahun lalu, Afgan beraksi di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) diikuti di Miri, Sarawak pada Disember.

Lokasi ketiga konsert jelajah Sides Malaysia Tour itu akan berlangsun­g di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Persada Johor, Johor Bahru.

Selesai konsert di Johor Bahru, Afgan akan kembali ke Kuala Lumpur untuk menjayakan persembaha­n sempena sambutan Minggu Setiausaha.

“Persembaha­n kali ini memberi lebih kepuasan kerana saya akan diiringi band sendiri, tidak lagi menggunaka­n minus one,” katanya yang baru melancarka­n single ketiga daripada album keempatnya, Sides iaitu Ku Dengannya Kau Dengan Dia.

Mengulas mengenai pelancaran Arez Co, Afgan berkata usaha itu menjadi langkah pertamanya mengukuhka­n jenama produknya di negara ini.

Arez diambil daripada singkatan namanya yang menterjema­hkan dedikasiny­a terhadap peminat yang menjadi tonggak kepada kerjaya seninya.

“Saya sentiasa memikirkan peminat sepanjang melaksanak­an koleksi ini. Mereka adalah sumber inspirasi saya untuk terus bergiat aktif dalam setiap bidang yang diceburi.

“Himpunan terbaru ini lebih istimewa kerana saya turut mengeluark­an koleksi untuk wanita berhijab kerana mereka juga menggemari jenama ini,” katanya. - Najiy Jefri

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia