Harian Metro

Ben tak lagi bermimpi

-

Menurut Bob, ibu mereka adalah individu yang paling gembira apabila mendapat tahu perubahan Ben.

Walaupun ibu mereka belum berkesempa­tan bertemu Ben kerana tidak sihat, tetapi dengan khabar dan sekeping gambar yang ditunjukka­n cukup membuatkan hati ibunya terubat.

“Keluarga gembira dengan keadaan Ben sekarang. Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang berusaha untuk mengubah kehidupan Ben terutama Presiden Yayasan Artis 1 Malaysia, Datuk DJ Dave. Begitu juga sokongan rakyat Malaysia yang tak berhenti berdoa untuk kesejahter­aannya.

“Saya mewakili keluarga memang terhutang budi dengan seluruh rakyat

“Selain itu, saya juga bakal ke Jakarta bagi menjalani proses rakaman lagu. Kalau boleh nak cepat, tapi Dave kata tunggu selepas Aidilfitri. Pada masa sama, adik saya iaitu Bob juga dalam proses menyiapkan lagu baru untuk saya. Dia juga bakal menguruska­n kerjaya saya selepas ini,” katanya.

Berkongsi mengenai kehidupann­ya sepanjang menjalani rawatan di HKL, Ben mengakui dia turut menghiburk­an pesakit dan kaki tangan di situ.

Minat dan cinta terhadap muzik masih tebal dalam dirinya, malah Ben masih ingat melodi dan lirik lagu nyanyianny­a.

Cuma, sepanjang hidup sebagai gelandanga­n Ben tidak pernah menyanyi secara terbuka.

“Saya tak pernah berhenti menyanyi. Semua lagu saya masih ingat. Segala kenangan dan pengalaman menyanyi dulu juga masih segar dalam ingatan.

“Selama ini orang melihat saya di mana-mana saja, tapi tak pernah menyanyi secara terbuka. Saya hanya berlatih menyanyi di rumah atau studio saja,” katanya.

 ??  ?? PENAMPILAN terbaru Ben yang lebih kemas dan segak.
PENAMPILAN terbaru Ben yang lebih kemas dan segak.
 ??  ?? BERSAMA DJ Dave yang banyak membantuny­a.
BERSAMA DJ Dave yang banyak membantuny­a.
 ??  ?? WAJAH Ben ketika hidup
sebagai gelandanga­n.
WAJAH Ben ketika hidup sebagai gelandanga­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia