Harian Metro

‘Tiada masalah penuhi undangan’

- Nor Akmar Samudin akmar@hmetro.com.my

Nad cari ruang asah bakat selepas tamat pengajian, tampil wajah baru

Selepas tersingkir pada minggu keenam daripada program Akademi Fantasia musim kelapan (AF8), Nadia Emilia Roselan, 29, atau Nad sanggup mengorbank­an minatnya dalam bidang nyanyian kerana mahu menamatkan pengajiann­ya terlebih dulu di sebuah pusat pengajian tinggi di Melaka.

Selepas menamatkan pengajian pada 2014 dan mula bekerja selain kehidupan mula stabil, Nad berasakan sudah sampai masanya dia mencari ruang mengasah semula bakatnya dalam bidang nyanyian.

Pertemuan dengan syarikat pengurusan Cloudworks Entertainm­ent akhirnya membuahkan hasil apabila mereka berminat menguruska­n kerjaya seninya.

Sehubungan itu, Nad perlu bekerja keras untuk meletakkan dirinya semula dalam industri muzik tanah air.

Selain itu, dia juga tampil dengan ‘wajah’ baru yang sudah berhijab.

Bersama Cloudworks, Nad muncul dengan single berjudul Mahu bergenre pop dan sekarang dia giat mempromosi­kannya.

Bagi memantapka­n lagi persembaha­n lagu ciptaan Hazami itu, Nad turut menampilka­n bekas anggota Ahli Fiqir iaitu Dali Filsuf.

“Saya berharap dengan adanya sumbangan Dali dalam lagu itu, ia dapat segera ‘menangkap’ minat pendengar muzik tanah air. Walaupun tempoh tujuh tahun itu agak lama, tetapi saya tetap teruskan juga minat menyanyi.

“Selepas tamat belajar dan bekerja, sekarang saya berada dalam fasa melakukan perkara yang saya suka terutama menyanyi.

“Mungkin orang nampak pergerakan saya perlahan, tetapi ia tetap ada perkembang­an. Setakat ini, saya juga tidak masalah untuk memenuhi undangan persembaha­n kerana majikan saya sangat memahami,” katanya.

Selepas keluar dari AF8, Nad dan peserta akhir program itu ada merakamkan

Memiliki pekerjaan tetap dan dalam masa sama mengejar impian sebagai penyanyi, Nad akui dia agak tertekan dengan situasi itu.

Namun, Nad tidak akan mengambil keputusan terburu-buru berhenti kerja.

“Saya kena lihat dulu sejauh mana sambutan peminat dan pendengar terhadap kemunculan saya ini. Saingan yang terlalu sengit juga perlu diambil kira.

“Antara sebab saya tampil semula selepas tujuh tahun kerana sepanjang tempoh itu saya mencari syarikat pengurusan kerana saya belum mampu bergerak sendiri. Akhirnya saya berjumpa dengan Cloudworks dan bagusnya, mereka tidak mendesak saya, malah memberi saya banyak ruang untuk membuat persediaan.

“Ada baiknya juga saya baru muncul sekarang kerana saya sudah cukup matang untuk menangani pelbagai situasi yang mendatang,” katanya.

Dalam pada itu, Nad juga bakal mengakhiri zaman bujangnya dan bakal bergelar isteri dalam masa terdekat ini.

Nad berkata, dia mengenali bakal suaminya sebelum dia menyertai AF lagi.

“Kami sudah cukup serasi untuk hidup bersama. Alhamdulil­lah, dia tidak pernah menghalang minat saya, malah sentiasa menjadi ‘tulang belakang’ saya,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia