Harian Metro

Kandang tak boleh kotor

- DARI MUKA 1

Kambing tenusu tidak selesa jika hidup dalam persekitar­an tidak bersih

“Saya mengambil masa dua minggu memikirkan apa kerja perlu saya lakukan dan mendapat idea menternak kambing tenusu apabila mendapati tidak ada penduduk menternak kambing jenis itu,” katanya yang ditemui di FELDA Lui Timur, Jempol, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Berbekal modal duit gaji yang disimpan sejak dahulu, dia membuat rujukan menggunaka­n pelbagai sumber termasuk Internet bagi mengetahui cara betul menternak kambing jenis ini.

Katanya, dengan pertolonga­n beberapa kenalan, dia membeli enam ekor kambing daripada tiga baka iaitu Saanen, British Alpine dan Toggenberg yang terbukti menghasilk­an susu banyak serta berkualiti.

“Menternak kambing tenusu memerlukan perhatian lebih dan sistematik berikutan haiwan ini tidak selesa jika hidup dalam kandang kotor.

“Kandang perlu dibersihka­n setiap hari, begitu juga kambing tidak boleh kotor. Sebab itulah, saya membina kandang lebih tinggi bagi membolehka­n najis dibersihka­n,” katanya yang membelanja­kan RM25,000 sebagai modal permulaan.

Mohd Amin berkata, beberapa kenalan di Kelantan dan Terengganu terbabit dalam ternakan kambing tenusu menjadi tempat dia bertanya bagi memastikan tidak tersalah langkah sehingga boleh menyebabka­n masalah lain timbul.

“Kambing tenusu perlu diberi makanan mencukupi termasuk dedak dan makanan sampingan rumput selain vitamin.

“Kebersihan kandang dan kambing turut diberi keutamaan menggunaka­n pencuci nyah kuman,” katanya yang memperuntu­kkan RM300 sebulan bagi tujuan itu.

Katanya, ketika ini tiga ekor kambing sudah menghasilk­an susu dengan secara purata setiap seekor mampu menghasilk­an satu hingga dua kilogram susu sehari manakala seekor kambing menunggu masa untuk beranak.

“Proses memerah susu dibuat dua kali sehari iaitu pada pagi dan petang. Kegagalan memerah susu akan menyebabka­n kambing menjadi tidak bermaya dan sakit.

“Susu diperah dijual dijual mentah terutama kepada pelanggan dari kampung kerana mampu bertahan tiga jam sebelum basi.

“Kebiasaan untuk pelanggan yang jauh, saya perlu memasak terlebih dahulu susu berkenaan sebelum dimasuk ke dalam botol dan disimpan dalam peti sejuk,” katanya.

Menurutnya, harga sebotol bagi 250 mililiter adalah RM6 manakala harga bagi sekilogram adalah RM20. - Abnor Hamizam Abd Manap

 ??  ?? KANDANG kambing tenusu milik Mohd Amin. Proses memerah susu dibuat dua kali sehari iaitu pada pagi dan petang. Kegagalan memerah susu akan menyebabka­n kambing menjadi tidak bermaya dan sakit
KANDANG kambing tenusu milik Mohd Amin. Proses memerah susu dibuat dua kali sehari iaitu pada pagi dan petang. Kegagalan memerah susu akan menyebabka­n kambing menjadi tidak bermaya dan sakit
 ??  ?? MOHD Amin (kiri) memberi kambing makanan di kandang belakang rumahnya di FELDA Lui Timur.
MOHD Amin (kiri) memberi kambing makanan di kandang belakang rumahnya di FELDA Lui Timur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia