Harian Metro

Kongsi maklumat biodiversi­ti Malaysia

- Mohamad Hussin mohamad_hussin@hmetro.com.my

MyBIS perkenal empat modul utama iaitu penemuan, pencarian, analisis dan rujukan serta submodul

Institut Penyelidik­an Perhutanan Malaysia

(FRIM) mewujudkan laman web Malaysia Biodiversi­ti Informatio­n System (MyBIS) sebagai alat penyebar dan perkongsia­n maklumat biodiversi­ti Malaysia.

Sebelum ini, MyBIS dikenali sebagai Malaysian Biological Diversity

Clearing House Mechanism (MyCHM) yang dilancarka­n pada 2008. Ia menyediaka­n data flora dan fauna Malaysia dengan gambar berserta surat berita di dalam laman web.

Laman web ini juga menyediaka­n pautan kepada pelbagai perjanjian berkaitan dengan biodiversi­ti Malaysia dan laman lain yang mengandung­i maklumat biodiversi­ti negara.

Pada 2014, MyCHM dijenamaka­n semula kepada MyBIS. FRIM bekerjasam­a rapat dengan Kementeria­n Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia (NRE) untuk menjadikan MyBIS sebagai pusat pangkalan data maklumat biodiversi­ti di Malaysia.

MyBIS memperkena­lkan empat modul utama iaitu penemuan, pencarian, analisis dan rujukan serta terdapat sub modul seperti spesies, kawasan perlindung­an, pakar, spesimen dan gambar.

Ketua Pengarah FRIM Datuk Dr Abd Latif

Mohmod berkata, MyBIS menyediaka­n platform untuk pengumpula­n data berkaitan biodiversi­ti termasuk maklumat spesies, gambar, rujukan, surat berita dan penerbitan dari pelbagai agensi dan organisasi.

Beliau berkata, MyBIS mengandung­i data komprehens­if mengenai flora dan fauna termasuk spesies dan maklumat taksonomi, gambar, surat berita dan rujukan, pakar biodiversi­ti, status pemulihara­an, kawasan perlindung­an dan spesimen.

“Maklumat terkini mengenai biodiversi­ti Malaysia boleh diakses dengan mudah dalam talian. Kemudahan ini boleh membantu meningkatk­an kesedaran dan mendidik orang ramai mengenai kepentinga­n biodiversi­ti.

“Ia juga menyumbang ke arah pelaksanaa­n strategi pemulihara­an dan pelan tindakan biodiversi­ti negara. MyBIS membantu menyediaka­n akses mudah dan percuma kepada maklumat mengenai spesies terancam yang sentiasa dikemas kini.

“Status pemulihara­an, profil spesies, gambar, lokasi dan rujukan kepada spesies terancam adalah antara maklumat yang boleh didapati di MyBIS,” katanya pada sidang media di FRIM, Kepong, barubaru ini.

Turut hadir, Pengarah Biodiversi­ti Hutan FRIM Dr Lillian Chua dan

Ketua Projek MyBIS FRIM Hamidah Mamat.

“Buat masa ini, terdapat lebih 40,000 rekod spesies, lebih 6,000 gambar, 106 surat berita yang dikemas kini setiap bulan, lebih 1,000 bahan rujukan dan kajian literatur, serta 99 penerbitan di laman web ini.

“MyBIS juga berfungsi sebagai direktori kebangsaan bagi pakar biodiversi­ti Malaysia dan kini terdapat 481 pakar berkaitan biodiversi­ti yang berdaftar dengan MyBIS.

“Di samping itu,

MyBIS juga menyediaka­n sistem berpusat untuk menguruska­n data spesimen daripada pelbagai pusat koleksispe­simen di negara ini.

“Pangkalan data ini dibangunka­n FRIM kerana kami bertanggun­gjawab menyimpan spesimen serta pangkalan data bagi flora, kulat, entomologi dan zoologi. Penyelidik FRIM juga diiktiraf sebagai pakar biodiversi­ti dalam botani, entomologi dan zoologi,” katanya.

Menurutnya, pengguna dari dalam dan luar Malaysia boleh mencari maklumat mengenai biodiversi­ti Malaysia dengan mudah melalui MyBIS (http://www.mybis. gov.my) yang boleh diakses melalui komputer, tablet

Buat masa ini, terdapat lebih 40,000 rekod spesies, lebih 6,000 gambar, 106 surat berita yang dikemas kini setiap bulan, lebih 1,000 bahan rujukan dan kajian literatur serta 99 penerbitan di laman web ini Dr Abd Latif

mahupun telefon mudah alih.

“Sehingga September 2016, jumlah pelawat laman sesawang ini mencecah 982,098 dan sebanyak

528 ibook download direkodkan.

“Pangkalan data dan gambar yang dimuat naik dapat dijadikan rujukan oleh penyelidik, ahli sains, ahli botani, pelajar universiti dan sekolah, pembuat keputusan dan orang awam yang berminat tentang biodiversi­ti Malaysia,” katanya.

Katanya, sasaran MyBIS pada masa akan datang adalah bagi meningkatk­an penyampaia­n, pemahaman dan aplikasi laman web dengan memberikan maklumat terkini, interaktif dan menarik kepada pengunjung.

Selain itu, pengunjung juga boleh menyumbang maklumat berkaitan dengan biodiversi­ti dalam bentuk gambar atau data bagi meningkatk­an jumlah data dalam pangkalan data MyBIS bagi tujuan informasi dan kesedaran masyarakat.

FRIM telah menerima Anugerah Emas di bawah kategori Clearing House Mechanism (CHM) yang diadakan di Cancun,

Mexico dari 4 hingga 17 Disember 2016.

Anugerah ini adalah pengiktira­fan atas usaha berterusan dalam meningkatk­an, mengemas kini dan mengekalka­n CHM untuk Malaysia sejak tahun 2008.

 ??  ?? PEGAWAI FRIM mengenal pasti spesies tumbuhan dengan membuat perbanding­an dengan spesimen sedia ada di Herbarium FRIM.
PEGAWAI FRIM mengenal pasti spesies tumbuhan dengan membuat perbanding­an dengan spesimen sedia ada di Herbarium FRIM.
 ??  ?? DR Abd Latif (kiri) dan Dr Lillian menunjukka­n anugerah yang diterima.
DR Abd Latif (kiri) dan Dr Lillian menunjukka­n anugerah yang diterima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia