Harian Metro

Tukar status ladang kelapa sawit

- DARI MUKA 1

Akhirnya Hanifa dan Diran sepakat menukar status ladang kelapa sawit warisan keluarga kepada ladang cili membabitka­n kawasan seluas satu hektar untuk menanam 8,000 pokok cili jenis 461.

Hanifa berkata, walaupun bidang pertanian terlalu asing bagi mereka, selepas hampir setahun terbabit, dia mula jatuh cinta dengan bidang ini.

“Melihat apa yang ada di depan mata sekarang, saya sendiri seperti tidak percaya ia hasil usaha saya dan Diran.

“Seumur hidup kami sebelum ini memang tidak pernah pegang cangkul walaupun untuk berkebun secara kecil-kecilan di belakang rumah.

“Namun dalam keadaan tercari-cari untuk melakukan sesuatu demi kelangsung­an hidup, saya fikir mengapa tidak kami mencuba bidang pertanian walaupun hakikatnya kami tidak tahu selokbelok bertani,” katanya.

Menurutnya, mereka beruntung kerana seorang anak muda di kampung berkenaan, Noor Azwan Nordin (Wan) yang sudah berjaya sebagai pengusaha ladang cili tidak lokek menurunkan ilmu secara percuma.

“Atas nasihat dan tunjuk ajar Wan, kami memulakan projek tanaman cili secara kecilkecil­an. Sebagai percubaan, pada Mei tahun lalu, kami menanam 1,000 pokok cili dalam beg semaian di kawasan berkenaan.

“Pada awalnya agak kekok kerana bidang ini menyimpang jauh daripada kerjaya kami selama ini. Tetapi, pengalaman yang kami lalui setiap hari menjadi guru untuk menambah ilmu mengenai pertanian.

“Di samping itu, saya juga banyak menimba pengetahua­n melalui pembacaan di laman maya. Apabila mendapat hasil pertama, ia sangat memberangs­angkan serta menambahka­n keyakinan kami untuk menjadikan penanaman cili sebagai kerjaya baru,” katanya.

Sementara itu, Diran berkata, mereka memilih cili kerana ia tanaman yang tidak banyak kerenah serta mudah dijaga. Apatah lagi, mereka menggunaka­n kaedah moden yang tidak memerlukan tenaga kerja yang ramai.

“Menggunaka­n penanaman secara fertigasi, kami tidak perlu membajak tanah, merumput mahupun meracun. Apabila sampai masa, kami akan menggantik­an pokok lama dengan pokok baru menggunaka­n beg semaian sama.

“Malah, sistem pengaliran air secara moden sangat menjimatka­n tenaga kerja. Kami hanya perlu memasang alat jangka masa di tangki bekalan di mana ia akan membekalka­n air secara automatik mengikut masa yang kami tetapkan,” katanya.

Menurutnya, penanaman cili dapat memberi hasil yang cepat iaitu dalam

 ??  ?? SEPOKOK boleh menghasilk­an berpuluh-puluh biji cili.
SEPOKOK boleh menghasilk­an berpuluh-puluh biji cili.
 ??  ?? CILI yang dipetik dilonggokk­an.
CILI yang dipetik dilonggokk­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia