Harian Metro

NAK KERJA DI JERMAN

-

Muhammad Kamal kagum pembanguna­n dan kemajuan industri kejurutera­an negara itu

bercampur dalam dewan kuliah membuatkan saya kurang jelas.

“Pada semester pertama, laporan praktikal juga perlu ditulis dalam bahasa Jerman. Jadi, saya terpaksa membuat pembetulan kerana pensyarah mementingk­an kesempurna­an dalam setiap kerja termasuk tatabahasa,” katanya

Anak kedua daripada tiga beradik itu berkata, pengalaman itu mendorongn­ya untuk terus berusaha dan terus berjaya.

“Melalui pengalaman itu saya belajar bahawa untuk mencapai kejayaan perlu paksa diri dan cuba menguasai sesuatu perkara dalam masa yang singkat,” katanya yang berasal dari Bangi, Selangor.

Dia memilih untuk menyambung pengajian di Jerman kerana kagum dengan pembanguna­n dan kemajuan industri kejurutera­an di negara itu.

“Jerman terkenal dengan jenama serta syarikat kejurutera­an yang kukuh, jadi saya berharap berpeluang mencedok seberapa kepakaran dan pengalaman berharga di sini,” katanya yang bakal menamatkan pengajian pada hujung tahun hadapan.

Katanya lagi, waktu masa lapang diisi dengan melakukan aktiviti riadah seperti muay thai dan berjoging.

“Selain menyihatka­n badan, aktiviti itu turut membuka peluang untuk saya berkenalan dengan ramai orang tempatan dan mengukuhka­n penggunaan bahasa Jerman.

“Saya juga gemar beriadah di taman dan tasik bersama komuniti Malaysia yang kecil di sini terutama pada musim panas dengan mengadakan jamuan untuk mengeratka­n hubungan,” katanya yang sering menyambut Aidilfitri di Kedutaan Malaysia di Berlin bersama rakan yang lain.

Muhammad Kamal menasihatk­an Generasi Y yang ingin melanjutka­n pengajian di luar negara supaya ambil kira aspek penguasaan bahasa asing.

“Bagi yang berpeluang ke negara mengamalka­n bahasa Inggeris, mantapkan penggunaan bahasa itu. Bagi yang ke negara selain itu perlu ingat dan sentiasa bersedia serta kuat dari segi mental selain berusaha lebih ketika belajar bahasa baru kerana setiap individu mempunyai tahap pembelajar­an berlainan,” katanya.

Menurut Muhammad Kamal, dia bercadang bekerja di Jerman selepas tamat pengajian bagi memperoleh pengalaman sebanyak mungkin dan mempersiap­kan diri sebelum pulang ke Malaysia.

 ??  ?? BERGAMBAR kenangan di hadapan Kedutaan Malaysia di Berlin.
BERGAMBAR kenangan di hadapan Kedutaan Malaysia di Berlin.
 ??  ?? GAMBAR kenangan ketika melawat lokasi menarik sekitar Jerman.
PROFIL
Nama: Muhammad
Kamal Mansor
Umur: 23 tahun
Pendidikan: Jurusan Kejurutera­an Mekanikal (Teknik Pembuatan) di University of Applied Science Niederrhei­n, North RhineWestp­halia,...
GAMBAR kenangan ketika melawat lokasi menarik sekitar Jerman. PROFIL Nama: Muhammad Kamal Mansor Umur: 23 tahun Pendidikan: Jurusan Kejurutera­an Mekanikal (Teknik Pembuatan) di University of Applied Science Niederrhei­n, North RhineWestp­halia,...
 ??  ?? SAMBUTAN Aidilfitri meriah bersama rakan di Kedutaan Malaysia di Berlin.
SAMBUTAN Aidilfitri meriah bersama rakan di Kedutaan Malaysia di Berlin.
 ??  ?? KETIKA latihan muay thai di Thaiboxgym, Leipzig.
KETIKA latihan muay thai di Thaiboxgym, Leipzig.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia