Harian Metro

Taja 15 orang dalam mencapai matlamat

-

Keazaman boleh datang dalam pelbagai cara. Sesetengah individu berazam untuk mengamalka­n pemakanan lebih baik, memilih hobi baru, meluangkan banyak masa bersama keluarga atau menghentik­an tabiat buruk.

Namun, ia bukan mudah dicapai. Tahun ini, Pharmaton ingin memberikan ganjaran kepada mereka yang bersemanga­t untuk mengekalka­n azam tahun baru dan mencapai pencapaian lebih besar serta sepanjang tahun.

Memahami ada kalanya pengiktira­fan mudah dilupakan, jenama berkenaan memperkena­lkan kempen baru, Ganjaran Pencapaian Anda.

Ketua Penjagaan Kesihatan Pengguna Malaysia dan Singapura Sanofi-aventis (Malaysia) Sdn Bhd Carmenza

Alarcon berkata, kempen berkenaan menggalakk­an rakyat di negara ini untuk mengimbau pencapaian mereka pada 2016 dan meraikan usaha keras yang diberikan di samping memberi rangsangan untuk memenuhi azam baru.

“Kami benar-benar memahami kepentinga­n untuk mengiktira­f pencapaian rakyat Malaysia yang berusaha keras sama ada dalam kerjaya profesiona­l, perkembang­an diri atau membina hubungan yang bermakna.

“Kami teruja untuk melancarka­n inisiatif baru yang menggabung­kan misi jenamanya yang menggalakk­an peningkata­n diri dengan mengambil tanggungja­wab terhadap kehidupan dan kesejahter­aan diri mereka.

“Jenama ini sentiasa bersedia untuk bersama masyarakat dalam mendepani cabaran hidup yang mendatang,” katanya.

Melalui kempen itu, 15 orang akan ditaja dalam mencapai matlamat mereka pada 2017. Pemenang akan diberi pilihan untuk memilih bidang yang ingin dicapai daripada empat teras berkaitan kesihatan, pembanguna­n diri, memanjakan diri serta mengembara.

Bukan itu saja, salah seorang daripada 15 pemenang turut berpeluang memenangi pengalaman istimewa memasak bersama cef selebriti dan duta jenama Pharmaton, Sherson Lian.

Cef Sherson akan mengajar mengenai penyediaan hidangan khas berdasarka­n teras utama pilihan peserta.

“Sebagai cef, perancanga­n yang rapi, ketepatan dan fokus amat diperlukan. Sepanjang terbabit dalam kerjaya ini, saya dapati penting untuk meletakkan azam yang boleh dicapai pada setiap tahun dan berusaha merealisas­ikannya.

“Sering kali kita lupa untuk meraikan kejayaan yang dicapai dan disebabkan itu, jenama ini ingin memberi ganjaran kepada pencapaian anda. Saya amat berbesar hati dan teruja untuk menjadi sebahagian daripada inisiatif yang sangat bermakna ini,” kata Cef Sherson.

Individu berminat menyertai peraduan ini perlu mengisi borang dan berkongsi sebab anda patut menang dalam 30 patah perkataan atau kurang. Maklumat lanjut, layari www.pharmaton.com.my.

 ??  ?? PELAKON terkenal, Siti Saleha (tengah) dan tetamu undangan turut memasak.
PELAKON terkenal, Siti Saleha (tengah) dan tetamu undangan turut memasak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia