Harian Metro

Kafe layan diri

- Hajahfarha­na Tarmudi hajahfarha­na@hmetro.com.my

Diterajui lima beradik dan sepupu guna konsep vendor turut sedia

perkhidmat­an cetakan

Setiap hari menu yang ditampilka­n berbeza. Bermula jam 8 pagi hingga 8 malam dan dibuka setiap hari, barisan menu disediakan kepada pengunjung mempunyai tarikannya tersendiri, menjadikan­nya antara lokasi kafe yang harus dikunjungi.

Fronte Cafe dibuka secara rasmi pada Julai 2016 dan dimiliki kumpulan Front yang diterajui adik-beradik iaitu Siti Khadijah, Ahmad Saiful Islam, Ahmad Saifuddin, Ahmad Saiful Anwar dan Siti Aishah Abd Malek serta sepupu, Nur Fatihah Shaharuddi­n.

Kafe berkenaan menggunaka­n konsep vendor dan layan diri, pada masa sama menjadi lokasi pertemuan bersama pelanggan terutama kepada pengusaha perniagaan secara dalam talian.

Pelbagai deretan menu disediakan segar oleh vendor dari rumah sebelum ditempatka­n di kafe berkenaan setiap hari. Bukan saja sarapan, terdapat pilihan hidangan utama hinggalah pencuci mulut disediakan kepada pengunjung.

Salah seorang peneraju kafe, Siti Khadijah berkata, kafe berkenaan sebahagian daripada Fronte Centre iaitu platform membangunk­an usahawan.

“Ia diwujudkan bertujuan memberi peluang kepada usahawan makanan dan minuman kawasan sekitar memperkena­lkan produk masingmasi­ng kepada pengunjung kafe.

“Di sini, usahawan boleh mempamerka­n pelbagai produk makanan yang dihasilkan manakala pengunjung pula boleh menjadikan kafe ini sebagai lokasi pertemuan dengan pelanggan masing-masing.

“Pada masa sama, konsep layan diri turut diperkenal­kan bagi memberi keselesaan kepada pelanggan untuk menghidang atau mendapatka­n makanan diinginkan selain mengemas bersih meja selepas makan,” katanya.

Bukan saja makanan dan minuman, kafe berkenaan turut menyediaka­n perkhidmat­an cetakan bagi memudahkan pengunjung atau usahawan mencetak kad bisnes, kepala surat dan pelbagainy­a.

Di bahagian atas kafe berkenaan terdapat pejabat, bilik mesyuarat memuatkan sehingga lapan orang dan ruang seminar

(30 hingga 60 orang) untuk disewa selain menyediaka­n surau serta WiFi secara percuma.

“Pembukaan kafe ini idea keseluruha­n kami bagi memenuhi keperluan setiap ahli kumpulan yang mempunyai perniagaan masing-masing.

“Sama ada dengan menjadikan kafe ini sebagai tempat pertemuan dengan prospek dan lokasi ‘lepak’ mencari idea dengan ruang yang selesa serta dilengkapi dengan perkhidmat­an diperlukan atau sekadar menjamu selera,” katanya.

Ujarnya, terdapat 100 vendor berdaftar dan 40 daripadany­a aktif menyediaka­n pelbagai pilihan makanan menarik termasuk pencuci mulut hingga hidangan utama untuk kafe

 ??  ?? LOKASI selesa untuk pertemuan bersama pelanggan atau sekadar menjamu selera.
LOKASI selesa untuk pertemuan bersama pelanggan atau sekadar menjamu selera.
 ??  ?? LOKASI menghimpun­kan produk usahawan makanan dan minuman dalam talian.
LOKASI menghimpun­kan produk usahawan makanan dan minuman dalam talian.
 ??  ?? ANTARA menu menarik yang perlu dicuba.
ANTARA menu menarik yang perlu dicuba.
 ??  ?? ANTARA minuman disediakan.
ANTARA minuman disediakan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia