Harian Metro

SUAMIKU PALING SERAM

„ Lelaki ugut bunuh bayi kerana masalah rumah tangga rebah direnjat polis

- Mohd Ruzaini Zulkepli hmkk@hmetro.com.my

> Seorang lelaki hilang pertimbang­an sehingga sanggup bertindak melampaui batas dengan menjadikan isteri dan bayinya sebagai tebusan, selain mengancam untuk menikam dan membunuh mereka. Lelaki berusia 33 tahun itu dipercayai gagal mengawal perasaan akibat masalah rumah tangga sehingga nekad bertindak agresif terhadap darah dagingnya sendiri. Mujurlah polis cepat bertindak menamatkan drama keluarga berantakan itu, lapor Mohd Ruzaini Zulkepli

Lelaki itu semakin agresif sehingga memaksa anggota polis menggunaka­n alat renjatan elektrik menyebabka­nnya rebah dan polis merampas pisaunya”

Abdul Fuad Abdul Malek

Tekanan perasaan dihadapi kerana berdepan masalah rumah tangga menyebabka­n seorang lelaki sanggup menjadikan isteri dan bayinya berusia lapan bulan sebagai tebusan serta mengugut menikam dan membunuh kedua-duanya.

Lelaki berusia 33 tahun berkenaan yang bersenjata­kan pisau sepanjang 26 sentimeter (sm) dikatakan tinggal berasingan dengan isterinya, tetapi datang semula ke rumah mereka di Kampung Bakut, dekat sini, kelmarin dalam keadaan marah.

Ketua Polis Daerah Deputi Superinten­dan Abdul Fuad Abdul Malek berkata, dalam kejadian jam 10 pagi, suspek yang gagal mengawal perasaan merampas bayi perempuan itu daripada isterinya sebelum mengunci diri di dalam bilik.

“Dia mula mengugut isterinya dan memberitah­u mahu menikam serta mencederak­an bayi mereka dengan pisau,” katanya.

Menurutnya, polis yang mendapat maklumat berhubung kejadian itu ke rumah berkenaan dan berusaha memujuk lelaki terbabit.

Beliau berkata, tidak lama kemudian, polis dapat memujuk suspek untuk menyerahka­n bayi itu.

Bagaimanap­un, dia yang tidak berpuas hati memeluk isterinya berusia 30-an dari arah belakang sambil mengacukan pisau ke leher mangsa dan menggugut mahu menikam wanita itu.

“Usaha memujuk suspek terus dilakukan, namun lelaki itu semakin agresif sehingga memaksa anggota polis menggunaka­n alat renjatan elektrik menyebabka­nnya rebah dan polis merampas pisaunya,” katanya.

Abdul Fuad berkata, suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran untuk tindakan lanjut.

“Isteri suspek dan anak perempuan mereka tidak mengalami kecederaan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek bertindak demikian kerana masalah rumah tangga.

 ??  ?? Lelaki jadikan isteri,bayinya tebusan,ancam
bunuh
Lelaki jadikan isteri,bayinya tebusan,ancam bunuh
 ??  ?? PISAU yang digunakan suspek dirampas anggota bertugas.
PISAU yang digunakan suspek dirampas anggota bertugas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia