Harian Metro

KOTA BHARU MAT TURKI KECEK KELATE

„ Lelaki Turki fasih dialek Kelantan terkenal tiba-tiba selepas video dimuat naik rakan di FB

- Maiamalina Mohamed Amin maiamalina@hmetro.com.my

“Budu pun make (makan), tapi jare..jare (jarang) lah. Lagi satu Nasi Kak Wok sedap, susoh nok (susah nak) cari di luar (Kelantan),” kata Fatih Imamoglu, 24, dalam loghat pekat Kelantan.

Dia yang mahu dikenali sebagai Mat Daud bukan orang tempatan, sebaliknya berasal dari Istanbul, Turki namun fasih bertutur dialek Che Siti Wan Kembang kerana sudah lapan tahun menetap di sini.

Malah, sejak minggu lalu, videonya kecek Kelate tular di laman sosial terutama Facebook selepas dimuat naik rakannya.

Mat Daud berkata, dia tidak menyedari rakannya memuat naik video berdurasi seminit itu ke laman sosial sehingga Facebook miliknya menerima banyak mesej dan permintaan kenalan.

“Telefon saya sampai ‘hang’ disebabkan tiba-tiba banyak ‘notificati­on’ Facebook. Saya pun tak sangka boleh viral dengan cepat. Dalam masa sama, saya cuak juga kerana tiba-tiba jadi ‘buruan’... tiba-tiba popular.

“Sebelum ini kawan yang rekod video itu tanya sama ada saya mahu popular atau tidak...saya jawab nok lah (nak lah) tapi kami hanya bergurau saja ketika itu dan saya pun tidak ambil pusing.

“Saya tak sangka yang dia betul-betul ‘popularkan’ saya dengan muat naik video terbabit,” katanya ketika dihubungi Harian Metro menerusi aplikasi Whats-App, di sini, semalam.

Mat Daud anak sulung daripada lima beradik berkata, dia memahirkan diri dengan bahasa Melayu dan loghat Kelantan selama setahun selepas menjejakka­n kaki ke negeri itu pada 2009.

Katanya, ketika itu dia berusia 16 tahun berkunjung ke Malaysia kerana mengikut keluarga yang menjalanka­n perniagaan pakaian di Kelantan.

“Saya sempat belajar di sekolah antarabang­sa, Wadi Sofia di Binjai, di sini, selama enam bulan sebelum ibu bapa kembali ke Turki tetapi saya menetap terus di sini kerana terpikat dengan suasana dan orangnya.

“Malah, saya buat buku sendiri dan tulis semua loghat Kelantan yang dituturkan, kemudian terjemah ke bahasa Inggeris serta bahasa Melayu untuk mudahkan pertuturan. Apabila tak tahu, saya tanya rakan.

“Demi nak mudahkan berkomunik­asi juga, saya tonton drama Melayu yang ada terjemahan supaya saya dapat dalami budaya orang Malaysia keseluruha­nnya,” katanya yang mahir berbahasa Turki, Inggeris dan Melayu (dialek Kelantan).

Mat Daud berkata, dia yang kini mengusahak­an perniagaan berkaitan kecantikan dan kesihatan di bandar ini tidak menolak untuk menjadi sebahagian daripada pen- duduk tempatan kerana keenakan makanan, budaya dan kemesraan orangnya.

Saya tak sangka dia betul-betul ‘popularkan’

saya

Mat Daud

 ??  ??
 ??  ?? MAT Daud jadi bualan di laman sosial kerana fasih bertutur dialek Kelantan.
MAT Daud jadi bualan di laman sosial kerana fasih bertutur dialek Kelantan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia