Harian Metro

Sita barang 11 rumah, kedai

-

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menyita pelbagai barangan milik 11 penghuni rumah dan sebuah rumah kedai yang gagal menjelaska­n tunggakan cukai taksiran dalam Operasi Waran Tahanan Cukai Taksiran Tertunggak di Pelangi Damansara Sentral, di sini, semalam.

Antara yang disita ialah set televisyen dan ketuhar gelombang mikro dan percetakan mudah alih dianggarka­n bernilai lebih RM26,740 dan akan dilelong sekiranya pemilik gagal melunaskan bayaran dalam tempoh tujuh hari.

Pegawai Komunikasi Korporatny­a Zainon Zakaria berkata, semua mereka pemegang akaun cukai taksiran didapati mempunyai tunggakan melebihi dua tahun.

“Kami menyerahka­n notis pemberitah­uan tiga kali sejak November tahun lalu tetapi tidak ada maklum balas daripada mereka.

“Tindakan tegas diambil (sita) selepas tempoh panjang diberikan untuk melunaskan tunggakan berakhir,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Beliau berkata, 50 kakitangan Penguatkua­saan Bahagian Unit Hasil Jabatan Perbendaha­raan dan Penguatkua­saan MBPJ terbabit dalam operasi berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia