Harian Metro

Padah peras ugut keluarga paderi

-

Kuala Lumpur: Cuba ambil kesempatan memeras ugut wang tebusan daripada keluarga mangsa. Itu tindakan seorang lelaki yang ditahan kerana disyaki menculik Paderi Raymond Koh Keng Joo.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, suspek berusia 30 tahun itu akan dituduh di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor hari ini.

“Suspek yang ditahan baru-baru ini bersabit kes penculikan seorang paderi akan dituduh di mahkamah mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan kerana cuba melakukan pemerasan ke atas keluarga mangsa.

“Hasil siasatan mendapati suspek tidak mempunyai kaitan dengan kes terbabit dan hanya mengambil kesempatan memeras ahli keluarga mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Harian Metro 10 Mac lalu melaporkan polis menahan lelaki berusia 30 tahun yang dipercayai ada kaitan dengan kes penculikan paderi yang dilaporkan hilang hampir sebulan lalu.

Ketua Polis Selangor Datuk Seri Abdul Samah Mat dilaporkan berkata, suspek ditahan di kawasan Ampang pada jam 3.30 pagi 9 Mac lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia