Harian Metro

‘Pembunuh’ lawan arus

„ Lelaki maut dilanggar pemandu wanita mabuk di lebuh raya

- Nur Izzati Mohamad dan Nor Farhani Che Ad am@hmetro.com.my

“Saya sudah jangka akan berlaku perkara tidak diingini ketika hampir bertembung dengan kereta Proton Gen2 dipandu seorang wanita dalam keadaan melawan arus,” kata seorang saksi nahas enam kenderaan menyebabka­n seorang maut di Kilometer 134, Lebuhraya Utara-Selatan berhampira­n Permatang Pauh, di sini, yang hanya mahu dikenali sebagai Nisa, 20-an, semalam.

Nisa berkata, ketika itu dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kepala Batas dan terkejut apabila hampir bertembung dengan kereta Gen2 berwarna biru dipandu seorang wanita menggunaka­n laluan paling kanan di lebuh raya berkenaan.

Katanya, pemandu itu berkemungk­inan bertindak sedemikian kerana mahu mengelak kesesakan berhampira­n Plaza Tol Sungai Dua, dekat sini, kerana terdapat kemalangan kecil.

“Kebanyakan pengguna lebuh raya terkejut dengan tindakan pemandu itu, namun beberapa pemandu termasuk saya sempat mengelak ke laluan kiri.

“Bagaimanap­un, tidak lama kemudian, saya terdengar bunyi dentuman kuat. Kemalangan ngeri itu mengakibat­kan seorang pemandu lelaki maut,” katanya ketika dihubungi melalui aplikasi Facebook, di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Asisten Komisioner Nik Ros Azhan berkata, kemalangan itu membabitka­n empat kereta, sebuah motosikal serta sebuah van pekerja.

Beliau berkata, siasatan mendapati pemandu wanita berusia 19 tahun berkenaan dipercayai memandu dalam keadaan mabuk.

“Akibatnya, berlaku pertembung­an antara kereta wanita itu dengan kereta Perodua Kelisa yang dipandu seorang lelaki berasal dari Sungai Petani, Kedah.

“Pertembung­an itu mengakibat­kan kereta lelaki itu terbabas dan berpusing beberapa kali sehingga terkena empat kenderaan lain termasuk seorang penunggang motosikal,” katanya.

Nik Ros Azhan berkata, pemandu lelaki itu, Mohamad Fandi Rosli, 26, maut di lokasi kejadian manakala pemandu wanita termasuk empat mangsa lain hanya cedera ringan.

Beliau berkata, pihaknya masih menahan pemandu wanita itu bagi menjalanka­n beberapa pemeriksaa­n ke atasnya termasuk mengambil sampel

darah.

 ??  ?? NORASIKIN menunjukka­n gambar percutian terakhir bersama Mohamad Fandi di Langkawi.
NORASIKIN menunjukka­n gambar percutian terakhir bersama Mohamad Fandi di Langkawi.
 ??  ??
 ??  ?? MOHAMAD Fandi maut di tempat kejadian.
MOHAMAD Fandi maut di tempat kejadian.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia