Harian Metro

‘Abang tak boleh hantar pulang’

-

Sungai Petani: “Saya tidak menyangka keengganan suami menghantar saya pulang ke Kuala Lumpur untuk bekerja pada Selasa depan memberi petanda dia akan pergi buat selamanya.

“Kebiasaann­ya dia akan menghantar saya pulang ke Kuala Lumpur selepas bercuti di sini namun kali ini dia meminta saya pulang sendiri,” kata jururawat, Norasikin Abdul Halim, 26, isteri kepada Mohamad Fandi Rosli, 26, yang terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 134, Lebuhraya Utara-Selatan, dekat Permatang Pauh, Pulau Pinang pagi semalam.

Menurut Norasikin, mereka baru berkahwin tiga bulan lalu, tetapi tinggal berasingan kerana arwah suaminya menetap bersama keluarga di Taman Rhu, di sini, manakala dia di Selayang, Selangor.

Dia yang bertugas di Hospital Selayang berkata, arwah suaminya sempat menempah tiket penerbanga­n pulang ke Kedah Khamis ini, namun arwah memintanya menguruska­n sendiri perjalanan pulang semula ke Kuala Lumpur pada Selasa hadapan.

“Bila saya tanya kenapa dia tidak mahu menghantar sendiri, arwah hanya kata dia tidak boleh menghantar saya,” katanya yang difahamkan mengandung sebulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia