Harian Metro

Pasar Lokal konsep Fiesta Muslimah BH 2017

-

Fiesta Muslimah BH 2017 tahun ketiga dengan konsep Pasar Lokal bakal diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) bermula 2 hingga 4 Jun depan.

Lebih 100 bazar jualan termasuk pelbagai fesyen Muslimah, aksesori, produk kosmetik dan kecantikan di bawah satu bumbung diadakan lebih santai dan meriah seiring sambutan 60 tahun BH.

Pengarang Kumpulan BH Datuk Mahfar Ali berkata, FMBH 2017 adalah kesinambun­gan karnival beli-belah sebelum ini yang bertujuan mendekatka­n akhbar itu dengan pembaca.

Katanya, penganjura­n itu tepat pada masanya kerana diadakan pada minggu pertama Ramadan, sekali gus memberi peluang kepada orang ramai membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

“Selain jualan bazar, acara ini turut memuatkan pelbagai aktiviti menarik seperti pertunjuka­n fesyen, persembaha­n nyanyian artis terkenal, cabutan bertuah dan jualan ‘happy hour’.

“Sambil membeli-belah, pengunjung berpeluang bertemu dan beramah mesra dengan selebriti yang turut membuka gerai jualan produk masing-masing,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia