Harian Metro

BAHANA LAGA AYAM

„ Penularan wabak selesema akibat aktiviti segelintir orang tempatan di sempadan Thailand

- Maiamalina Mohamed Amin maiamalina@hmetro.com.my

‘Tolong ambil iktibar kejadian yang berlaku’. Itu peringatan buat seluruh penternak dan pemilik ayam serta haiwan unggas, susulan penularan wabak selesema burung yang disebabkan oleh virus H5N1 di Kelantan, sejak lebih dua minggu lalu.

Wabak itu yang disahkan pada 6 Mac di Kampung Pulau Tebu, Tunjong di sini, kini menular ke lima kawasan dalam lingkungan 10 kilometer (km) iaitu Kampung Chabang Tiga, Kampung Gertak Lembu, Kampung Kedai Mulong, Kampung Padang dan Kampung Padang Layang.

Dalam masa sama, H5N1 turut dikesan di Pasir Mas pada 11 Mac lalu membabitka­n tiga kawasan iaitu

Kampung Tempoyak,

Kampung Kedondong dan Kampung Bechah

Semak.

Ketua Pengarah

Jabatan Perkhidmat­an Veterinar

(JPV), Datuk Dr Kamarudin Md Isa berkata, meskipun hanya dua daerah terjejas, pihaknya berhati-hati menangani penularan wabak itu berikutan segelintir orang tempatan yang gemar ikuti aktiviti laga ayam.

“Kelantan pernah berhadapan wabak ini pada 2004 dan ketika itu kita mengesan puncanya berkait aktiviti laga ayam. Bagaimanap­un, kali ini juga, pasukan kami mendapati kes yang hampir serupa (berkait laga ayam) yang cetuskan wabak.

“Sudah pasti ia (wabak) datang dari luar Malaysia dan kita percaya kegiatan (laga ayam) dijalankan di sempadan. Perkara ini masih dalam perincian yang teliti dan kita turut memadankan kes dengan penyakit unggas di negara ASEAN untuk kenal pasti punca sebenar.

“Cuma, saya ingin ingatkan penternak supaya jika ada yang terbabit aktiviti laga ayam, mohon hentikan bagi mengelak wabak ini merebak dan sukar dibendung. Kita ambil iktibar kejadian berlaku,” katanya dalam sidang media di pejabat

JPV di sini, semalam.

Hadir sama Pengarah JPV Kelantan, Dr Suratan Kamaruddin.

Kamarudin berkata, sehingga pagi semalam pasukannya sudah memusnahka­n 15,957 unggas pelbagai jenis daripada 90 premis di Kota Bharu dan Pasir Mas.

Daripada jumlah itu, 70 peratus adalah ayam kampung, manakala selebihnya adalah burung puyuh, ketitir, itik, angsa dan ayam serama.

“Unggas ini berada dalam lingkungan 10km kawasan pantauan yang kita tetapkan (dari lokasi wabak) dan unggas perlu dimusnahka­n bagi mengelak virus H5N1 mencari perumahan baru.

“Tambahan lokasi jangkitan baru itu juga sudah dijangka berlaku dalam garis lingkungan pantauan. Setakat ini dua kawasan di Kota Bharu (Kampung Pulau Tebu dan Chabang Tiga) sudah selesai, kita masih ada empat lagi selain tiga di Pasir Mas.

“Sukar untuk kita putuskan bila kerja pelupusan dan pembersiha­n hama ini akan berakhir, namun pengalaman ketika kes pertama, 2004 adalah selama tiga bulan (kes selesai) dan diperkemas­kan lagi kepada kurang sebulan dan dua minggu ketika 2006 serta kes terakhir 2007,” katanya.

 ??  ?? LADANG ternakan burung puyuh
turut dikuaranti­n oleh JPV Kelantan selepas ternakan itu mati disebabkan wabak selesema
bu r u n g.
LADANG ternakan burung puyuh turut dikuaranti­n oleh JPV Kelantan selepas ternakan itu mati disebabkan wabak selesema bu r u n g.
 ?? FOTO: SYAMSI SUHAIMI ?? SEKUMPULAN anggota JPV Kelantan menjalanka­n operasi memusnahka­n unggas berhampira­n kawasan ladang ternakan burung puyuh di Kampung Tempoyok,
Pasir Mas.
FOTO: SYAMSI SUHAIMI SEKUMPULAN anggota JPV Kelantan menjalanka­n operasi memusnahka­n unggas berhampira­n kawasan ladang ternakan burung puyuh di Kampung Tempoyok, Pasir Mas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia