Harian Metro

Elak bawa unggas dari Kelantan

-

Peminat pelbagai jenis unggas termasuk ayam serama, ayam ratu dan burung tekukur dinasihatk­an mengelak membawa masuk dari Kelantan dan Thailand ke negeri ini.

Ia sebagai langkah berjaga-jaga memastikan penularan wabak selesema burung atau Avian

Influenza (H5N1) yang berlaku Kelantan tidak merebak ke negeri ini.

Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (JPV) Terengganu Dr Mohd Termizi Ghazali berkata, Ibu Pejabat JPV sudah mengeluark­an arahan supaya setiap negeri dapat menghentik­an kemasukan unggas termasuk ayam dari Kelantan.

“JPV negeri sedang giat menjalanka­n sekatan jalan di laluan utama antara Kelantan dan Terengganu bagi memastikan tiada kemasukan unggas ke negeri ini.

“Pemeriksaa­n yang dijalankan JPV sehingga kini mendapati wabak

H5N1 tidak berlaku di negeri ini, malah kami tidak menerima sebarang aduan mengenainy­a.

“Semua pihak mesti berwaspada sekiranya mengesan simpton utama wabak H5N1 itu termasuk unggas seperti ternakan ayam atau itik mati secara serentak dan biasanya membabitka­n jumlah yang banyak,” katanya.

Mohd Termizi berkata, pihaknya berharap penternak, peminat dan penganjur pertanding­an ayam ratu dan ayam serama menangguhk­an dulu hasrat menganjurk­an pertanding­an itu di negeri ini.

 ??  ?? DR Mohd Termizi
DR Mohd Termizi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia