Harian Metro

AADK, MPK tunggu masa serbu

-

Kuantan: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Pahang sedia bekerjasam­a dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi pemeriksaa­n dan penguatkua­saan ke atas premis yang dipercayai menjual peralatan menghidap dadah.

Pengarah AADK Pahang Abdul Ghani Abdul Rahman berkata, serbuan dijalankan sebaik pihaknya mendapat maklumat dan melakukan risikan.

“Orang ramai yang ada maklumat boleh maklumkan kepada kami. Kami bekerjasam­a dengan PBT dan jalankan serbuan ke atas premis terbabit.

“Kami tidak mahu mereka menjadikan bandar ini lubuk penjualan alatan menghisap dadah secara berleluasa,” katanya mengulas pendedahan Harian Metro mengenai premis menjual alatan menghisap dadah menggunaka­n lesen perniagaan sah, di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Seksyen Perhubunga­n Awam Majlis Perbandara­n Kuantan (MPK) Izad Zainal Muhammad Safian berkata, pihaknya akan menyiasat dan menyemak status premis itu sama ada beroperasi menggunaka­n lesen sah.

Katanya, pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan ke atas pemilik yang menyalahgu­nakan lesen perniagaan untuk menjual barangan menyalahi undang-undang.

 ??  ?? ANTARA peralatan menghisap dadah yang dijual.
ANTARA peralatan menghisap dadah yang dijual.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia