Harian Metro

UEC modal politik

-

Kuala Lumpur: Gabungan Pelajar Melayu Semenanjun­g (GPMS) membidas kenyataan pihak tertentu termasuk beberapa Ahli Parlimen yang mahu isu Sijil Peperiksaa­n Bersepadu (UEC) kelolaan Sekolah Menengah Persendiri­an Cina (SMPC) dibincangk­an secara terbuka serta diperdebat­kan di Dewan Rakyat.

Presidenny­a Zambri Mohd Isa berkata, GPMS mengecam sekeras-kerasnya pihak yang cuba menangguk di air keruh dengan menjadikan sokongan ke atas peperiksaa­n UEC untuk kepentinga­n peribadi.

“GPMS mendapati bahawa UEC sering kali dijadikan modal setiap kali menjelang pilihan raya umum (PRU) bagi pihak tertentu untuk meraih sokongan politik terutama daripada kaum Cina,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia