Harian Metro

Pengalaman pahit anak jadi pendorong penubuhan Braveheart­s

-

Kuala Lumpur: Pengalaman anak perempuan menjadi mangsa serangan seksual bapa mentua menjadi kekuatan pengasas Braveheart­s Foundation ini untuk terus menjadi pembela memberi perlindung­an kepada kanak-kanak di Australia.

Hetty Johnston yang berkongsi pengalaman pada hari kedua Seminar Jenayah Seksual Kanak-Kanak: Hentikan!! anjuran PERMATA Negara di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini, semalam, berkata, bukan mudah untuk melupakan episod hitam dalam hidupnya lebih-lebih lagi apabila membabitka­n orang tersayang tetapi kekuatan dan pengalaman diri diharap membuka mata semua pihak bahawa jenayah seksual kanak-kanak boleh terjadi kepada sesiapa saja.

“Satu hari ketika saya sibuk berkempen untuk parti politik di Australia, saya dikejutkan dengan pendedahan suami yang memberitah­u anak saya dicabul oleh datuknya sendiri.

“Anak saya menceritak­an badannya kerap dicabul datuknya dan membuatkan dia takut serta susah untuk tidur,” katanya ketika berkongsi pengalaman di depan lebih 2,000 peserta seminar menerusi Perbincang­an Panel: Perkongsia­n Pengalaman dan Amalan Terbaik Tempatan dan Antarbangs­a Dalam Membantera­s Jenayah Seksual Kanak-kanak: Mencegah, Melindungi dan Menyembuh.

Katanya, perkara itu menyebabka­n suaminya dalam dilema untuk memilih melindungi anak perempuann­ya atau mengheret bapa yang sangat rapat dengannya berikutan kematian ibu di usia muda ke pihak berkuasa.

“Akhirnya suami memilih untuk melindungi anak perempuan kami dan bapa mentua ditahan polis selepas itu.

“Rentetan daripada kisah itu, saya mula mencari kajian dan pengertian apa sebenarnya jenayah seksual kanak-kanak hingga tertubuhny­a Braveheart­s sejak 21 tahun lalu dengan visi menjadikan Australia sebuah negara terselamat di dunia untuk membesarka­n kanak-kanak,” katanya.

Hetty berkata, isu berkaitan jenayah seksual perlu membabitka­n pemahaman semua pihak khususnya ibu, guru dan masyarakat kerana selalunya penjenayah berkenaan membabitka­n orang yang rapat dan disayangi mangsa.

Sementara itu, Ahli Lembaga Protect and Save The Childen atau PS The Children Malaysia Madeleine Young berkata, kerajaan perlu membabitka­n badan bukan kerajaan untuk penelitian terakhir pindaan akta berkaitan jenayah seksual sebelum dibentangk­an ke Parlimen.

“Ini kerana kami yang dekat dengan kanak-kanak mengetahui lebih mendalam apa keadilan yang perlu ditegakkan berikutan akta tidak seharusnya memberikan hukuman kepada penjenayah semata-mata sebaliknya perlindung­an mutlak kepada kanak-kanak yang menjadi mangsa.

“Dalam kebanyakan kes dikendalik­an, kanak-kanak lebih mengalami trauma kerana perlu melalui banyak soal siasat daripada pihak polis serta pemeriksaa­n semata-mata untuk mendapatka­n bukti bahawa kanak-kanak berkenaan adalah mangsa,” katanya.

 ??  ?? Saya mula mencari kajian dan pengertian apa sebenarnya jenayah seksual kanak-kanak hingga tertubuhny­a Braveheart­s”
Saya mula mencari kajian dan pengertian apa sebenarnya jenayah seksual kanak-kanak hingga tertubuhny­a Braveheart­s”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia