Harian Metro

Tak perlu semak

- Izlaily Nurul Ain Hussein izlaily@hmetro.com.my

„ Mahkamah Tinggi tolak permohonan

Abd Latif kurangkan tempoh tahanan reman

Permohonan Exco negeri Datuk Abd Latif Bandi untuk menyemak semula tempoh penahanan reman tujuh hari yang dikeluarka­n Mahkamah Rendah terhadapny­a ditolak Mahkamah Tinggi, di sini, semalam.

Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak selepas mendengar hujahan barisan pembelaan yang mewakili Abd Latif selaku pemohon dan pihak pendakwaan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai responden.

Pada penghakima­nnya, Mohd Sofian berpendapa­t Mahkamah Tinggi tidak mempunyai kuasa untuk membuat semakan terhadap keputusan Mahkamah Rendah yang menggunaka­n budi bicara dalam menentukan tempoh penahanan reman.

“Mahkamah Rendah menggunaka­n budi bicara yang mematuhi Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dalam membuat keputusan. Hujahan pemohon mengenai tindakan Mahkamah Rendah yang tidak merekodkan alasan tempoh reman itu diberikan pula, mahkamah berpendapa­t ia bukan satu mandatori.

“Oleh itu, mahkamah membenarka­n bantahan awal pihak pendakwaan dan menolak permohonan pembelaan,” katanya.

Abd Latif yang diwakili peguam Abd Rahim Ali, Ibrahim Haikal Razak, Adzly Manas dan Mohd Fairuz Mahmood memfailkan permohonan ke Mahkamah Tinggi, di sini, untuk membuat semakan terhadap tempoh reman terhadapny­a.

Abd Rahim ketika berhujah berkata, mengikut Seksyen 117(7) Kanun Prosedur Jenayah, Mahkamah Rendah perlu merekodkan alasan tempoh reman itu selain berhujah tempoh tujuh hari agak panjang bagi siasatan.

Bagaimanap­un, Timbalan Pendakwa Raya SPRM Ahmad Akram Gharib membuat bantahan awal terhadap permohonan itu dengan alasan ia tidak mempunyai merit.

Pada prosiding semalam, turut kelihatan isteri Abd Latif, anaknya, ahli keluarga serta penyokongn­ya berada di galeri awam sepanjang prosiding pendengara­n permohonan berlangsun­g.

Abd Latif direman tujuh hari bermula Jumaat lalu hingga esok bagi membantu siasatan berhubung kes skandal rasuah dan penyelewen­gan hartanah di negeri ini.

Khamis lalu, beliau ditahan di pejabat SPRM Negeri Johor, jam 10.50 pagi ketika hadir untuk memberi keterangan.

Pada hari sama, SPRM menggeleda­h rumahnya dan merampas Toyota Vellfire, wang tunai RM41,000 serta 150 beg tangan pelbagai jenama.

Pagi Khamis itu juga, anak dan pegawai khas beliau serta seorang peguam dan seorang orang awam yang ditahan pada 24 Februari lalu dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas direman 14 hari bagi membantu siasatan.

Turut dilepaskan dengan jaminan SPRM ialah dua pemaju dan seorang kontraktor yang direman tujuh hari.

 ??  ?? ABD Latif yang memakai baju lokap dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Johor Bahru, semalam.
ABD Latif yang memakai baju lokap dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia