Harian Metro

MOTAC terima 28 aduan ditipu pakej murah

-

Kuala Lumpur: Sebanyak 28 aduan diterima Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan (MOTAC) membabitka­n penganjura­n pakej pelanconga­n menerusi media sosial termasuk lima membabitka­n pakej umrah sepanjang tahun lalu.

Unit Komunikasi Korporatny­a dalam satu kenyataan berkata, antara punca kebanyakan pihak menawarkan pakej pelanconga­n murah dan bajet melalui media sosial kerana ia tidak mempunyai kos tinggi.

“Ia juga menjadi trend pada masa kini kerana lebih mudah dan majoriti rakyat Malaysia mempunyai akaun laman sosial dan hebahan kepada orang ramai sangat mudah

“Selain itu, faktor promosi yang menarik dengan ulasan atau komen yang baik menyebabka­n orang ramai percaya dengan pakej pelanconga­n murah dan bajet,” katanya.

Tambah kenyataan itu, siasatan dijalankan kementeria­n di atas kesalahan individu berkenaan menjalanka­n perniagaan pengendali­an pelanconga­n tanpa lesen sah daripada kementeria­n.

“Bagi kesalahan yang membabitka­n penipuan, ia perlu dirujuk kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) manakala bagi sebarang tuntutan bayaran pengadu perlu memfailkan tuntutan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).

“Kementeria­n menghadapi masalah mengambil tindakan di bawah Akta Industri Pelanconga­n (AIP) 1992 kerana kesukaran mendapatka­n maklumat lengkap berkenaan pengendali laman sesawang apabila perniagaan dijalankan melalui media sosial,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia