Harian Metro

Jel 40 bulan, denda RM60,000

- Meor Riduwan Meor Ahmad mriduwan@hmetro.com.my

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Langkawi dijatuhi hukuman penjara 40 bulan dan denda RM60,000 oleh Mahkamah Sesyen, semalam atas dua pertuduhan rasuah pada 2012.

Hakim Zanol Rashid Hussain menjatuhka­n hukuman itu terhadap Yaakob Hassan, 48, selepas meneliti rayuan peguam bela, Paramjit Singh dan hujah Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), A Hafiizh Abu Bakar.

Pada 8 Mac lalu, Zanol Rashid memutuskan tertuduh bersalah selepas pembelaan gagal membuktika­n keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan, namun hukuman tidak dapat dijatuhkan kerana Yaakob ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 dan menetapkan semalam untuk rayuan dan hukuman.

Bagi pertuduhan pertama, Yaakob didakwa meminta suapan RM10,000 daripada Jamat Harun menerusi panggilan telefon semasa pengadu berada di rumahnya di Kampung Kilim, Mukim Ayer Hangat di Langkawi pada 13 Oktober 2012, jam 7.46 malam.

Suapan itu sebagai dorongan untuk tertuduh menutup siasatan polis ke atas anak lelaki pengadu, Mohd Shafiqq Affandi Jamat.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menerima rasuah RM2,000 daripada Ahmad Ridzwan Jamat di bilik Ketua Balai, BBP Langkawi, Jalan Kisap, Langkawi pada 14 Oktober 2012, kira-kira 3 petang, bagi tujuan sama.

Bagi dua kesalahan itu, Yaakob dituduh mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum menurut Seksyen 24 (1) akta sama.

Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.

Zanol Rashid menjatuhka­n hukuman 20 bulan penjara dan denda RM50,000 terhadap Yaakob bagi pertuduhan pertama, manakala bagi pertuduhan kedua, dia dihukum penjara 20 bulan dan denda RM10,000.

Jika gagal membayar denda berkenaan, tertuduh boleh dipenjara tambahan 12 bulan.

Hakim memerintah­kan hukuman penjara berjalan serentak bagi dua pertuduhan mulai semalam.

Paramjit Singh bagaimanap­un memohon penangguha­n pelaksanaa­n hukuman itu dan dibenarkan oleh mahkamah hanya untuk hukuman pemenjaraa­n dengan syarat notis rayuan difailkan semalam, sementara denda perlu diselesaik­an semalam.

Tertuduh yang memakai baju-T dan seluar sukan serta masih ditahan mengikut POCA sehingga 18 April depan kelihatan tenang sepanjang prosiding itu. Mahkamah Tinggi, di sini, semalam, mengekalka­n keputusan melepaskan dan membebaska­n dua bekas pengarah Cold Storage (M) Bhd daripada pertuduhan pecah amanah membabitka­n RM185 juta, 20 tahun lalu.

Hakim Datuk Nordin Hassan membuat keputusan itu selepas menolak rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen sebelum ini yang melepaskan dan membebaska­n Datuk Yip Yee Foo, 58, dan Datuk Chun Wai Meng, 52, daripada pertuduhan terbabit.

Yip dan Chun didakwa sebagai pengarah Cold Storage (M) Bhd menyalahgu­nakan wang itu dengan memindahka­nnya daripada akaun bank syarikat di Deutsche Bank (Malaysia) ke akaun bank Cycle & Carriage Limited di Standard Chartered Bank di Singapura untuk pembelian unit saham oleh Ecoplex Sdn Bhd dan Fulham Finance and Trade Limited.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Deutsche Bank (Malaysia) Bhd, Jalan Sultan Ismail antara 16 September 1997 hingga 20 Mac 1998.

„ Ketua Balai Bomba dan Penyelamat dituduh terima suapan

 ??  ?? YAAKOB dijatuhi hukuman penjara 40 bulan dan denda RM60,000 atas dua pertuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen Alor Setar.
YAAKOB dijatuhi hukuman penjara 40 bulan dan denda RM60,000 atas dua pertuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen Alor Setar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia