Harian Metro

6 April depan tarikh keputusan permohonan bekas MB Kedah

-

Mahkamah Tinggi, di sini, semalam, menetapkan 6 April depan untuk keputusan terhadap permohonan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir untuk menyoal siasat Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Sariffuddi­n Tengku Ahmad berhubung beberapa isu membabitka­n pernyataan pembelaann­ya.

Pesuruhjay­a Kehakiman Datuk Roslan Abu Bakar menetapkan tarikh itu selepas selesai mendengar hujah kedua-dua pihak di hadapannya.

Tengku Sariffuddi­n diwakili peguam Jaharbadee­n Mohamed Yunos manakala Mukhriz diwakili peguam Muhammad Haniff Khatri Abdulla.

Mukhriz memfailkan permohonan pada 2 September tahun lalu untuk menyoal siasat Tengku Sariffuddi­n bagi menentukan sama ada fakta yang dikemukaka­n dalam pernyataan pembelaann­ya adalah betul dan tepat.

Terdahulu, Jaharbadee­n dalam hujahnya berkata, permohonan Mukhriz itu wajar ditolak kerana ia tidak relevan dalam kes saman fitnah yang difailkan terhadap anak guamnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia