Harian Metro

Puteri tercela

- Nor Azura Abdul Jalil zura_jalil@hmetro.com.my

„ Wanita kerdil tipu RM1.2 juta dijel 3 tahun

Tindakan seorang wanita kerdil menipu seorang pakar bedah kosmetik dengan mendakwa kononnya dia puteri Sultan Pahang sehingga menyebabka­n mangsa kerugian RM1.2 juta memakan diri apabila dia dihukum penjara tiga tahun dua bulan oleh Mahkamah Majistret, semalam.

Pada prosiding di hadapan Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali, bekas eksekutif insurans, Rohaida Yahlil, 41, dijatuhi hukuman penjara 38 bulan selepas mengaku salah atas 34 pertuduhan.

Selain itu, di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh, tertuduh dihukum penjara tiga tahun atas 19 pertuduhan.

Semua hukuman berkuat kuasa bermula dari tarikh dia ditangkap.

“Saya akui kesalahan saya. Wang yang saya dapat, saya gunakan untuk belanja kawan-kawan supaya mereka sentiasa di sisi saya,” rayu tertuduh yang bertongkat kepada mahkamah.

Mengikut semua pertuduhan, Rohaida didakwa menipu Datuk Dr Abdul Jalil Jidon, 60, memperdaya­kannya mempercaya­i bahawa tertuduh adalah Yang Amat Mulia Tengku Aishah Sultan Ahmad Shah.

Tertuduh memberikan dua alasan kepada mangsa iaitu untuk pembayaran cukai kepada Bank Negara bagi membolehka­n wang masuk dari luar negara dan untuk kegunaan peribadi Sultan Pahang.

Perbuatan itu mendorong mangsa menyerahka­n wang tunai melalui cek untuk dimasukkan ke akaun Maybank milik Khuzairiah Abdul Latiff.

Semua perbuatan itu dilakukan di Maybank Taman Melawati, antara Jun 2013 dan April 2016.

Semua pertuduhan dikemukaka­n mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan dan boleh dikenakan denda.

Terdahulu, dalam rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah memberikan hukuman ringan atas alasan dia baru saja menjalani pembedahan tulang belakang.

Bagaimanap­un, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zuhaini Mahamad Amin dan Raihana Abd Razak memohon mahkamah mengenakan hukuman berat dengan mengambil kira kesalahan yang dilakukan tertuduh serius kerana berani menipu menggunaka­n nama orang kenamaan.

Berdasarka­n fakta kes, pada Jun 2013, mangsa menerima satu panggilan telefon daripada tertuduh yang memperkena­lkan diri sebagai Tengku Aishah, anak perempuan Sultan Pahang dan meminta mangsa memasukkan wang bagi kegunaan Sultan Pahang.

Menerusi panggilan itu, tertuduh berjanji Sultan Pahang akan membayar semula wang itu dalam tempoh terdekat lalu mangsa memasukkan wang ke dalam akaun Maybank rakan tertuduh.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen, tertuduh mengaku bersalah atas lapan pertuduhan berhubung pengubahan wang haram membabitka­n jumlah RM2,841,690.

Hakim Rushan Lutfi Mohamed membenarka­n tertuduh diikat jamin RM300,000 dengan seorang penjamin untuk semua pertuduhan berserta syarat tambahan tertuduh perlu menyerahka­n pasport kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 3 April ini untuk fakta kes dan hukuman.

 ??  ?? ROHAIDA mengaku bersalah atas 61 pertuduhan menipu.
ROHAIDA mengaku bersalah atas 61 pertuduhan menipu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia