Harian Metro

Tiada hasrat tetap harga siling ikan kembung

-

Kuala Lumpur: Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani tidak berhasrat menetapkan harga siling bagi ikan rakyat seperti ikan kembung meskipun harganya naik ketika ini.

Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, harga ikan itu sebaliknya akan terus ditentukan pasaran semasa kerana kawalan harga hanya menyebabka­n penyalahgu­naan stok ikan berkenaan.

“Dalam ekonomi, kurang peraturan lagi bagus. Biar pasaran yang menentukan­nya. Kalau terlalu kawal nanti ada penyalahgu­naan,” katanya ketika menjawab soalan Datin Mastura Mohd Yazid (BN-Kuala Kangsar) mengenai kenaikan harga ikan kembung dan langkah mengatasin­ya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, di sini, semalam.

Beliau berkata, harga ikan kembung tinggi kini dijangka bersifat sementara berikutan ada kekurangan pendaratan ikan oleh nelayan.

“Ini kerana perubahan corak cuaca tahun ini. Kita jangka tengkujuh berakhir Januari atau Februari dan ikan kembung akan naik (mendarat) banyak. Tetapi sehingga Mac, cuaca kurang baik.

“Kita jangka April depan pendaratan ikan kembung kembali banyak dan harga akan stabil semula,” katanya.

Menurutnya, kerajaan berusaha membangunk­an ternakan ikan air tawar di seluruh negara bagi mencapai sasaran bekalan 50 peratus ikan negara yang datang daripada ikan ternakan dan rakyat tidak lagi perlu bergantung kepada ikan laut.

Kuala Lumpur: Kenaikan harga gula pasir putih bertapis kasar sebanyak 11 sen mulai 1 Mac lalu disebabkan kenaikan harga import gula mentah dunia.

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pada 2013, harga gula mentah import ialah AS$0.15 bagi setiap 0.45 kilogram (kg) (nilai pertukaran ketika itu AS$1=RM3.20) berbanding harga baru AS$0.21 bagi jumlah sama sekarang.

“Bermakna harga import itu bertambah daripada perkiraan hampir 100 peratus daripada harga mentah yang diimport dari luar negara,” katanya ketika menjawab pertanyaan Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (BN-Sabak Bernam) yang ingin tahu faktor kenaikan harga gula sebanyak 11 sen

 ??  ?? AHMAD Shabery
AHMAD Shabery

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia