Harian Metro

Perkasa keselamata­n sekolah

-

Bangi: Sekolah yang mempunyai lebih 40 kakitangan perlu menubuhkan jawatankua­sa khas keselamata­n dan kesihatan dalam usaha memperkasa­kan kesedaran mengenai keselamata­n di sekolah mulai tahun ini.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata, usaha itu akan diterapkan di sekolah seluruh negara bagi membantu kerajaan mengurangk­an kadar kemalangan dan penyakit di tempat kerja.

Katanya, ia antara pendekatan Pengurusan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan di Sekolah (OSH in School) yang dilaksanak­an secara menyeluruh dan tertakluk kepada Akta Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

“Program keselamata­n dan kesihatan di sekolah yang dibuat sebelum ini tidak dilaksanak­an secara menyeluruh menyebabka­n masih berlaku kemalangan membabitka­n pelajar di kawasan sekolah sejak beberapa tahun lalu.

“Oleh itu, ‘OSH in School’ dilaksanak­an bagi memupuk kesedaran terhadap keselamata­n dan kesihatan di sekolah secara serius,” katanya pada sidang media selepas majlis perasmian Seminar Pengurusan OSH in School 2017 di Menara NIOSH, di sini, semalam.

Menurutnya, seminar yang diadakan itu adalah hasil kerjasama Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) dengan Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) yang membabitka­n guru, pentadbir dan kakitangan sekolah.

Turut hadir Pengerusi NIOSH Tan Sri Lee Lam Thye., Ketua Setiausaha Kementeria­n Sumber Manusia Datuk Seri Adenan Ab Rahman dan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM Aminuddin Adam.

 ??  ?? RICHARD (tengah) melancarka­n gimik Perasmian Seminar Pengurusan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan di Sekolah 2017 di NIOSH, Bangi, sambil diperhatik­an Lee (kanan) dan Aminuddin.
RICHARD (tengah) melancarka­n gimik Perasmian Seminar Pengurusan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan di Sekolah 2017 di NIOSH, Bangi, sambil diperhatik­an Lee (kanan) dan Aminuddin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia