Harian Metro

Malaysia, Australia bincang isu serantau

-

Putrajaya: Kerjasama dua hala dan isu serantau serta antarabang­sa adalah antara perkara yang dibincangk­an Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman bersama Menteri Luar Australia Julie Bishop sempena lawatan dua hari delegasi Australia itu ke negara ini bermula semalam.

Kementeria­n Luar dalam kenyataan semalam berkata, lawatan kerja itu adalah hasil mesyuarat di bawah kerangka Perkongsia­n Strategik Malaysia dan Australia yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Perdana Menteri Australia Malcolm Turnbull pada 22 November 2015.

Menurutnya,

kedua-dua menteri luar berkenaan akan membincang­kan perkembang­an kerjasama dua hala sedia ada serta isu-isu serantau dan antarabang­sa yang membabitka­n kepentinga­n bersama.

“Sejak terjalinny­a hubungan diplomatik di antara Malaysia dan Australia 60 tahun lalu, hubungan dua hala Malaysia dan Australia berkembang dengan baik dan boleh digambarka­n sebagai menyeluruh dan substantif.

“Kedua-dua negara menikmati hubungan kerjasama erat dalam pelbagai sektor termasuk perdaganga­n dan pelaburan, pendidikan, keselamata­n, pertahanan dan hubungan antara rakyat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia