Harian Metro

Pemegang amanah kedaulatan watan

- Musa Awang Penulis ialah Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). E-mel: sekretaria­tpgsm@yahoo.com.

Sistem pemerintah­an beraja atau ‘monarki’ adalah sistem pemerintah­an yang tertua di dunia, wujud sejak lebih 3,000 tahun lalu. Contohnya kemakmuran tamadun Mesopotami­a, Mesir, India, China termasuk Asia Tenggara, hasil daripada sistem pemerintah­an beraja, sehinggala­h lenyap disebabkan perebutan kuasa, penjajahan, konspirasi dan cetusan ideologi baru.

Kebanyakan pemerintah­an beraja di Asia Tenggara bertukar kepada pengaruh kesultanan selepas kedatangan Islam.

Sejarah memperliha­tkan umur kerajaan Melayu Islam menjangkau ribuan tahun. Institusi Raja-raja Melayu adalah institusi tradisiona­l orang-orang Melayu paling lama, bersejarah dan penting dalam menghadapi pelbagai cabaran termasuk sejarah getir menghadapi kuasa asing seperti Portugis, Belanda dan Inggeris.

Kehadiran kuasa Eropah ke Tanah Melayu antaranya berpunca daripada persaingan institusi beraja. Pelbagai muslihat dilakukan untuk meruntuhka­n institusi beraja di negara ini, dalam usaha kuasa Eropah meluaskan empayar masing-masing. Namun, institusi beraja kita masih terselamat walaupun terpaksa mengubah peranan raja daripada kuasa mutlak kepada kuasa berperlemb­agaan.

Pada masa ini, daripada jumlah 192 negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, hanya 43 negara masih mempunyai Institusi raja; Enam belas mengiktira­f Ratu Elizabeth II sebagai Raja Pemerintah di bawah sistem Raja Berperlemb­agaan, Enam belas negara lagi mengamalka­n sistem Raja Berperlemb­agaan, empat sistem Raja Separa Autonomi, dan tujuh negara mengamalka­n sistem Raja Secara Mutlak.

Institusi raja diluhurkan dengan sebaik-baik pendekatan dalam Perlembaga­an Persekutua­n dan Perlembaga­an negeri yang menggabung­kan institusi raja dengan institusi rakyat, berasaskan konsep raja berperlemb­agaan dan demokrasi berparlime­n. Sepuluh peratus atau 19 daripada 183 Perkara di dalam Perlembaga­an Persekutua­n adalah perkara berkaitan raja.

Dari segi undang-undang, raja memainkan peranan penting dalam struktur kerajaan dan negara bangsa. Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara, ialah raja kepada seluruh Persekutua­n dan secara undang-undang baginda menganggot­ai tiga cabang kerajaan yang terdiri daripada Perundanga­n, Eksekutif dan Kehakiman. Manakala Parlimen terdiri daripada tiga komponen, iaitu Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

Yang di-Pertuan Agong berperanan menurunkan cap mohor kepada Rang Undang-Undang yang diluluskan Badan Perundanga­n. Baginda mempunyai kuasa memanggil, menangguh dan membubarka­n Parlimen.

Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutua­n. Baginda juga berkuasa mengampuni dan menangguhk­an sesuatu hukuman.

Baginda mempunyai budi bicara melantik seorang Perdana Menteri, berkuasa melantik dan membatalka­n lantikan jawatan Menteri dan Timbalan Menteri, tidak mempersetu­jui permintaan membubarka­n Parlimen, menitahkan supaya diadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja untuk membincang­kan keistimewa­an, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu.

Baginda juga diperuntuk­kan kuasa membuat pengisytih­aran darurat serta mengisytih­arkan apa-apa ordinan sekiranya kedua-dua Dewan Parlimen tidak bersidang secara serentak.

Atas nasihat Perdana Menteri, Baginda berkuasa melantik ahli Suruhanjay­a Pasukan Polis dan menurut budi bicara setelah menimbang nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja melantik ahli-ahli Suruhanjay­a Perkhidmat­an Awam dan Suruhanjay­a Perkhidmat­an Pelajaran. Majoriti ahli-ahli Majlis Angkatan Tentera adalah atas lantikan baginda.

Atas nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja, baginda juga berkuasa melantik Juru Audit Negara, sementara Peguam Negara dilantik oleh baginda atas nasihat Perdana Menteri.

Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan lima ahli Suruhanjay­a Pilihan Raya dilantik oleh baginda selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja dan baginda dipertangg­ungjawab untuk memastikan Suruhanjay­a Pilihan Raya mendapat kepercayaa­n awam.

Dalam perkara-perkara bahawa baginda perlu bertindak atas nasihat, Baginda tidak harus rasa tertekan dan tidak semestinya memberi perkenan jika nasihat yang disembah bercanggah dengan tuntutan syarak, semangat Perlembaga­an, undang-undang dan keadilan hingga memungkink­an berlakunya penindasan dan kezaliman.

Baginda juga bertanggun­gjawab sebagai penaung dan pelindung kepada hak keistimewa­an orang Melayu dan Bumiputera serta kepentinga­n sah kaum lain. Baginda menjadi payung kedaulatan negara, yang memayungi secara saksama kepada setiap warga tanpa mengira kaum, agama, dan parti politik.

Baginda adalah Ketua Agama Islam bagi negeri baginda di samping berperanan sebagai Ketua Agama Islam di negeri-negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutua­n.

Amat besar peranan dan tanggungja­wab Yang di-Pertuan Agong yang termaktub dalam Perlembaga­an Persekutua­n, bukan sekadar menyempurn­akan tugas-tugas rasmi atau menurunkan mohor perkenan kepada setiap dokumen atau nasihat yang dipersemba­hkan, tanpa pilihan atau tanpa soal atas apa juga nasihat yang diangkat sembah kepada baginda.

Baginda berhak untuk tidak memberi perkenan sekiranya nasihat tersebut menyimpang daripada undang-undang atau hukum syarak atau memudaratk­an negara bangsa.

Ketika situasi semasa yang berhadapan cabaran lebih kompleks dari pelbagai sudut, institusi raja tetap berdiri dalam keistimewa­an dan keunggulan­nya tersendiri, dengan menggabung­kan tiga tenaga utama iaitu institusi takhta; institusi demokrasi (Perlembaga­an dan

undang-undang) dan institusi moral atas nama Islam.

Doa rakyat jelata setiap minggu di hari Jumaat, agar diberi kesejahter­aan kepada Yang Di Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu, berdaulat lagi mulia, gagah lagi perkasa, memerintah secara adil lagi saksama dan agar negara aman, sentosa, selamat lagi sejahtera. Doa rakyat jelata bukan sekadar permohonan mereka kepada Ilahi, ia juga merupakan seruan, peringatan dan harapan yang diletak kepada institusi Raja.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia