Harian Metro

BANDAR YANG DILUPAKAN MASA

-

Pam minyak diesel yang diperbuat daripada besi digunakan oleh pekedai minyak suatu masa dahulu masih utuh pada tiang kedai hingga menjadi tumpuan peminat barangan antik merakamkan gambar sebagai kenangan setiap kali singgah ke pekan Trolak Lama.

Terletak kira-kira tiga kilometer dari Slim River, Pekan Trolak Lama yang dibina pada tahun 1940-an satu ketika dahulu sibuk serta menjadi tumpuan orang ramai singgah untuk menjamu selera dan membeli barangan keperluan namun kini lenggang seolah-olah seperti pekan mati tanpa pengunjung.

Sebelum pembinaan Jalan Persekutua­n Ipoh-Kuala Lumpur, jalan pekan ini digunakan untuk orang ramai ke arah selatan, tetapi selepas Jalan Persekutua­n siap sekitar tahun 1965, ia tidak digunakan lagi menyebabka­n lama-kelamaan pekan ini kurang menjadi tumpuan.

Kini terdapat sembilan bangunan lama masih teguh dan hanya dua sahaja masih beroperasi untuk kegiatan perniagaan barangan runcit dan restoran yang diusahakan oleh penduduk asal pekan itu.

Bangunan yang dibina pada zaman pemerintah­an British ini masih kukuh walaupun dimakan usia dengan binaan yang sungguh unik dan meninggalk­an nostalgia buat penduduk yang menghuni pekan ini.

 ??  ?? PEKAN Trolak Lama yang dahulunya menjadi tumpuan orang ramai untuk ke utara dan selatan tanah air kini sunyi berikutan pembinaan Jalan Persekutua­n Ipoh-Kuala Lumpur.
PEKAN Trolak Lama yang dahulunya menjadi tumpuan orang ramai untuk ke utara dan selatan tanah air kini sunyi berikutan pembinaan Jalan Persekutua­n Ipoh-Kuala Lumpur.
 ??  ?? PAM minyak diesel yang diperbuat daripada besi menjadi nostalgia masih terdapat pada
tiang bangunan kedai sering menjadi tumpuan pengunjung
merakamkan gambar.
PAM minyak diesel yang diperbuat daripada besi menjadi nostalgia masih terdapat pada tiang bangunan kedai sering menjadi tumpuan pengunjung merakamkan gambar.
 ??  ?? KIPAS yang berusia kira-kira 100 tahun masih terdapat dalam restoran Sarudini dan menjadi tumpuan pembeli barangan antik.
KIPAS yang berusia kira-kira 100 tahun masih terdapat dalam restoran Sarudini dan menjadi tumpuan pembeli barangan antik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia