Harian Metro

Sembilan kemuliaan jaga solat

Beribadah peluang untuk kita berbakti dan mendekatka­n diri kepada Allah

- Cermin Diri Penulis ialah Penulis Khas Harian Metro

Firman Tuhan bermaksud: “Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolonga­n (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurn­akan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjaka­n) solat, kerana sesungguhn­ya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.” (Surah al-Baqarah, ayat

153)

Sesetengah orang mengambil ringan terhadap solat. Mereka bersikap lengah, bahkan selalu meninggalk­annya. Maklumlah sibuk dengan pelbagai urusan, sentiasa terkejar-kejar dengan waktu sehingga tidak sempat untuk menunaikan­nya.

Hari ini, jika kita perhatikan banyak tempat menyediaka­n kemudahan menunaikan solat. Di jalanan, ia ada di stesen minyak, plaza tol serta kawasan rawat dan rehat. Di kompleks beli-belah juga tidak kurang dengan ruang solat yang selesa.

Ia suatu perkembang­an yang perlu dipuji dan sangai baik bagi kemudahan orang Islam. Cuma tinggal kesedaran dari dalam diri kita, sama ada mahu memanfaatk­an kemudahan yang disediakan ataupun tidak.

Kita perlu menjaga solat dan mengutamak­annya berbanding hal lain daripada urusan dunia. Sebab dengan solat kita akan mendapat kasih sayang Allah, kemuliaan dan kesejahter­aan, sekali gus terhindar daripada ditimpa bencana.

Daripada Abu Abdur Rahman Abdullah bin Mas’ud RA, dia berkata: “Saya pernah bertanya kepada Nabi SAW, manakah amalan yang lebih dicintai di sisi Allah Taala? Baginda menjawab, solat pada waktunya.

“Saya bertanya lagi, lalu apa lagi? Baginda menjawab, berbakti kepada ibu bapa. Saya bertanya lagi, lantas apa lagi? Baginda menjawab, jihad di jalan Allah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Abu Darda RA berkata: “Semulia-mulia hamba

Allah di sisi Allah ialah mereka yang memerhatik­an perjalanan matahari dan bulan.”

Orang bertanya: “Hai Abu Darda, apakah mereka muazin?”

Jawab Abu Darda: “Semua orang yang memerhatik­an dan menjaga benar-benar waktu solat daripada Muslimin.”

Wahab bin Munabbih berkata: “Tidak ada cara untuk meminta hajat kepada Allah seperti cara solat itu dan terbukti bahawa bencana besar yang terhindar daripada orang dahulu hanya dengan solat dan jarang seorang yang ditimpa bencana melainkan usaha menghindar­kannya dengan solat.”

Amirul Mukminin Sayidina Utsman bin Affan RA berkata, sesiapa menjaga solat yang lima pada waktunya dan secara berterusan dalam melaksanak­annya, maka Allah memuliakan­nya dengan sembilan kemuliaan, iaitu:

Dicintai Allah

Badan selalu sihat

Dijaga oleh malaikat Turun berkat pada rumahnya

Kelihatan pada wajahnya tanda orang soleh

Allah melembutka­n hatinya

Melalui sirat sepantas kilat

Diselamatk­an Allah dari neraka

Allah menempatka­nnya bersama orang-orang yang tidak takut dan tidak bersedih

Sebenarnya solat adalah peluang bagi kita berbakti dan mendekatka­n diri kepada Allah. Tidakkah kita berasa gembira kerana menjadi hamba yang terpilih dan diberikan peluang untuk berbakti kepada Allah iaitu Pencipta kita?

Kata seorang ahli bijaksana: “Ibadat adalah peluang (untuk) bekerja, kedainya mengasingk­an diri dan modalnya adalah takwa, kemudian sebagai keuntungan­nya adalah syurga.”

Muhammad bin Sirin pernah berkata: “Andai aku disuruh pilih antara solat dua rakaat dengan syurga, nescaya aku pilih solat dua rakaat. Sebab dengan dua rakaat itu tercapai reda Allah, sedang di dalam syurga hanya kepuasan hawa nafsuku.”

Begitu orang soleh yang tahu tujuan dan nilai pelaksanaa­n ibadat sehingga diberikan pilihan antara syurga dan solat dipilihnya solat. Bagaimana dengan kita? Jauh sekiranya hendak dibandingk­an dengan kita kerana kita selalu mengutamak­an dunia.

Kadang-kadang kita angan-angan saja yang lebih. Kita mahu itu dan ini. Kita tamak kepada banyak benda sehingga tidak habis dengan ‘kalau’. Kesudahann­ya tiada apa juga yang dapat. Dunia tercicir, akhirat entah ke mana. Kedua-dua terlepas. Rugi!

 ??  ?? KITA perlu menjaga solat dan mengutamak­annya berbanding hal lain daripada urusan dunia.
KITA perlu menjaga solat dan mengutamak­annya berbanding hal lain daripada urusan dunia.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia