Harian Metro

Pelaksanaa­n iman dan amal soleh

-

Takwa menurut Ensikloped­ia Makna al-Quran berasal daripada perkataan wiqayah, bentuk masdar (kata terbitan) daripada waqa-yaqi-wiqayah, yakni al-himayah iaitu ‘penjagaan’. Dan asal at-takwa menurut lughah (bahasa) adalah qillatul qalam ‘sedikit bicara’ demikian yang diceritaka­n Ibnu Faris.

Dalam satu riwayat disebutkan bahawa Umar bin al-Khattab pernah bertanya kepada Ubay bin Kaab mengenai takwa. Namun, Ubay bertanya balik: “Tidakkah pernah anda melewati satu jalan yang penuh duri?”

Umar menjawab: “Ya, aku pernah.”

Tanya Ubay lagi: “Apa yang anda lakukan?”

Umar menjawab: “Saya waspada dan bersungguh-sungguh.”

Lalu kata Ubay bin Kaab: “Itulah takwa.”

Makna ini selari dengan huraian Prof Dr Hamka dalam Tafsir al-Azhar: “Kalimat takwa diambil daripada rumpun kata wiqayah ertinya memelihara.

“Memelihara hubungan baik dengan Allah. Memelihara diri jangan sampai terperosok pada suatu perbuatan yang tidak diredai Allah. Memelihara segala perintah-Nya supaya dapat dijalankan. Memelihara kaki jangan terperosok ke tempat yang lumpur atau berduri.

“Sebab pernah ditanyakan orang kepada sahabat Rasulullah SAW, Abu Hurairah RA, apa erti takwa? Beliau berkata: Pernahkah kamu bertemu jalan yang banyak duri dan bagaimana tindakanmu waktu itu?

“Orang itu menjawab: Apabila aku melihat duri, aku mengelak ke tempat yang tidak ada durinya atau aku langkahi atau aku mundur. Abu Hurairah menjawab: Itulah ia takwa.”

Tegas Hamka, jangan selalu diertikan takut sebagai yang diertikan orang dulu-dulu, sebab takut hanyalah sebahagian kecil daripada takwa.

“Dalam takwa terkandung cinta, kasih, harap, cemas, tawakal, reda, sabar dan sebagainya. Takwa adalah pelaksanaa­n daripada iman dan amal soleh.

“Meskipun pada satu waktu ada juga diertikan dengan takut, tetapi terjadi yang demikian ialah pada susunan ayat yang cenderung pada erti yang terbatas itu saja. Padahal erti takwa lebih mengumpul akan banyak hal.

“Bahkan, dalam takwa terdapat juga berani.

“Memelihara hubungan dengan Allah bukan saja kerana takut melainkan lebih lagi kerana ada kesedaran diri sebagai hamba.”

Kata Imam al-Ghazali dalam kitabnya Minhajul Abidin, takwa ibarat harta karun yang sangat berharga dan beruntungl­ah orang yang mampu mendapat dan memilikiny­a.

“Betapa tidaknya, kerana di dalam karung itu terkandung permata yang sangat berharga, berlimpah dengan kebaikan serta rezeki yang agung, keuntungan yang besar dan kerajaan yang luhur. Ini seolah-olah di dalam takwa terdapat kebaikan dunia dan akhirat.”

Ada banyak firman Allah mengenai takwa dan keutamaann­ya, antaranya seperti berikut:

Pujian bagi orang yang bertakwa

“Dalam pada itu, jika kamu bersabar dan bertakwa, maka sesungguhn­ya yang demikian itu adalah daripada perkara-perkara yang dikehendak­i diambil berat (melakukann­ya).” (Surah Ali-Imran, ayat 186)

Perlindung­an daripada musuh

“Dan jika kamu bersabar dan bertakwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayak­an kamu sedikit pun.” (Surah Ali-Imran, ayat 120)

Pertolonga­n Allah “Sesungguhn­ya Allah bersama orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berusaha memperbaik­i amalannya.” (Surah an-Nahl, ayat 128)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia