Harian Metro

Universiti pertama dibenar kutip, agih zakat

- KEADAAN rumah daif yang didiami Era bersama keluargany­a.

Kuala Lumpur: Universiti Teknologi MARA (UiTM), adalah universiti pertama yang dibenarkan melaksana operasi kutipan dan agihan zakat, selain kutipan serta agihan sedekah khusus untuk membantu pelajar miskin tidak berkemampu­an.

Naib Canselor UiTM Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said berkata, UiTM mempunyai pelbagai dana membantu pelajar miskin tergolong dalam kumpulan berpendapa­tan 40 peratus terendah (B40) seperti zakat, sedekah, wakaf, dana kebajikan dan sebagainya.

Katanya, tahun ini UiTM menekankan strategi meningkatk­an bantuan wakaf atau ‘e-Wakaf’ yang juga satu kaedah berkesan untuk membantu meringanka­n masalah yang dihadapi oleh pelajar miskin.

“Dana wakaf satu pendekatan yang kami akan beri perhatian dan saya mengalu-alukan pihak yang sudi memberi sumbangan kepada wakaf UiTM kerana pada 2025, kami mahu tingkatkan bantuan wakaf kepada RM1 juta.

“Dengan kerjasama pihak zakat, kami kumpulkan dana dan bantu mereka,” katanya.

Beliau berkata, jika pelajar UiTM menghadapi masalah kewangan, mereka diminta tampil supaya bantuan dapat dihulurkan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Pusat Zakat, Sedekah dan Wakaf UiTM, Shahrulniz­am Akhsan berkata, pelajar asnaf tidak berkemampu­an boleh memohon bantuan zakat dengan mengisi borang melalui aplikasi dalam talian di portal rasmi UiTM atau hadir ke pejabat zakat di kampus masing-masing.

“Pelajar boleh mengisi borang zakat dan selepas itu kami jalankan siasatan terhadap keluarga pelajar sama ada mereka pernah dapatkan bantuan daripada mana-mana pihak bagi memastikan pelajar itu layak menerima bantuan.

“Jika layak, kami beri bantuan dan sekiranya didapati keluarga pelajar itu susah, pihak kami tambah peruntukan bantuan sedekah untuk membantu keluargany­a juga,” katanya. Kota Tinggi: Tiga termasuk dua beradik meninggal dunia selepas Proton Persona dinaiki terjunam ke gaung sedalam lapan meter di Kilometer 60, Jalan Kota Tinggi-Sungai Rengit di sini, jam 10 pagi semalam.

Pada masa sama, seorang lagi adik-beradik kepada dua beradik yang meninggal dunia, parah dalam kejadian terbabit.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superinten­dan Rahmat Othman berkata, kemalangan membabitka­n kereta dipandu Norhaizam Ngatino, 33, yang hilang kawalan sebelum melanggar penghadang jalan dan terjunam ke gaung.

“Norhaizam dan adiknya Muhamad Izwan berumur 23 tahun yang duduk di tempat duduk penumpang depan meninggal dunia di lokasi. Rakan Norhaizam, Mohamad Inderul Zain yang berumur 33 tahun juga meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Adik Norhaizam,

 ??  ?? NORHAIZAM
NORHAIZAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia