Harian Metro

Suspek kes bunuh wanita direman tujuh hari

-

Suspek lelaki berusia 34 tahun yang ditahan selepas dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan seorang wanita di Taman Dato Lew Yap Sip, Ampang, di sini, kelmarin, direman tujuh hari bermula semalam.

Perintah reman dikeluarka­n Majistret Suhaima Mohd Noor selepas permohonan reman dilakukan polis bagi membolehka­n siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Terdahulu, tertuduh yang juga peniaga di Pasar Besar Gunung Rapat, di sini, dibawa ke Mahkamah Majistret dengan memakai baju-T berwarna putih berbelang hijau dan berseluar lokap berwarna oren menaiki kenderaan polis jam 10 pagi.

Dalam kejadian jam 5.30 pagi kelmarin, mayat Hamidah Abdul Rahman, 53, ditemui anak bongsunya di dalam bilik tidur dalam keadaan tertiarap dengan kesan luka di belakang badan.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, suspek ditahan di tempat dia menjalanka­n perniagaan jam 12 tengah hari selepas dipercayai terbabit dalam kes itu.

Katanya, hasil bedah siasat dilakukan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) mendapati mangsa meninggal dunia berikutan pendarahan berlebihan akibat luka tikaman di beberapa bahagian badan.

“Dengan tertangkap­nya suspek, polis percaya sudah berjaya menyelesai­kan kes ini dalam tempoh lima jam selepas mayat mangsa ditemui,” katanya.

 ??  ?? TERTUDUH dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh, semalam.
TERTUDUH dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia