Harian Metro

Demi nyawa

„ Abang bomba usung warga emas untuk dialisis

- Nadzreen Shah Mat Salim am@hmetro.com.my

Demi menyelamat­kan nyawa seorang lelaki warga emas, sekumpulan enam anggota bomba berhempas pulas mengangkat lelaki terbabit turun dari tingkat enam sebuah pangsapuri.

Difahamkan, bantuan kecemasan diberikan jam 10.45 pagi semalam, selepas lif di kediaman mangsa di Pangsapuri Permai Court, di sini, mengalami kerosakan.

Mangsa yang berusia 70-an perlu menjalani rawatan dialisis di hospital.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 10.55 pagi dan sepasukan anggota bomba dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati lif di pangsapuri berkenaan rosak dan anggota bomba perlu naik ke rumah mangsa di tingkat enam menggunaka­n tangga,” katanya.

Menurutnya, anak mangsa tidak mampu untuk membawa bapanya turun dan terpaksa membuat panggilan kecemasan kerana bimbang tahap kesihatan bapanya.

Dia berkata, anggota bomba segera bertindak membawa mangsa turun melalui laluan tangga dengan mengangkat mangsa yang duduk di atas kerusi rodanya.

“Empat anggota bomba mengangkat mangsa dengan memegang besi pemegang kerusi roda berkenaan dan membawa turun mangsa secara bergilir-gilir.

“Laluan tangga yang sempit membuatkan anggota bomba perlu berhati-hati mengangkat mangsa kerana bimbang mangsa akan terjatuh,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA bomba membawa turun warga emas dari tingkat enam pangsapuri.
ANGGOTA bomba membawa turun warga emas dari tingkat enam pangsapuri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia