Harian Metro

488 penagih ditahan tiap hari

-

Angka mengejutka­n apabila purata 488 penagih dan pengedar dadah ditahan setiap hari sejak awal Januari lalu.

Berdasar perangkaan dikeluarka­n Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, 34,147 individu ditahan kerana kesalahan memiliki, mengedar dan menagih dadah di seluruh negara sejak Januari hingga awal Mac tahun ini.

Pengarah JSJN Bukit

Aman Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, semua individu ditahan membabitka­n 32,770 warga tempatan manakala 1,377 individu lagi warga asing.

“Majoriti yang ditahan adalah penagih dadah dengan jumlah tangkapan 19,556 individu. Seramai 10,052 individu ditahan kerana kesalahan memiliki dadah selain 4,539 individu lagi pengedar dadah bagi tempoh Januari hingga 2 Mac lalu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia