Harian Metro

Siling hampir siap runtuh pula

- Fuad Hadinata Yaacob dan Faliq Lajim am@hmetro.com.my

„ Puluhan pekerja sempat lari elak ditimbus hidup-hidup

Dalam kejadian jam 10.45 pagi semalam, siling di dewan bankuet sebuah pusat beli-belah, di sini, runtuh ketika kerja menaik taraf dilakukan.

Ahmad berkata, puluhan pekerja sempat berlari menyelamat­kan diri.

“Suasana kelam-kabut ketika itu, namun kami bernasib baik kerana siling berkenaan runtuh sedikit demi sedikit.

“Jika siling itu runtuh sekali gus, pasti ada pekerja tertimbus,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat berkata, ketika kejadian ada 57 pekerja di dalam dewan bankuet itu.

Menurutnya, kerja naik taraf itu dilakukan sejak lebih sebulan lalu dan kini 80 peratus siap.

“Anjing pengesan bomba turut digunakan untuk mencari mangsa, namun tidak menemui sesiapa di kawasan kejadian,” katanya.

Beliau berkata, kejadian itu akan diserahkan kepada Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) untuk siasatan lanjut.

Mohd Yusoff berkata, kawasan itu ditutup buat sementara waktu sehingga siasatan selesai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia