Harian Metro

Pelajar terselamat kotak suis berapi

-

Seramai 15 pelajar Sekolah Agama Al-Amin, Sungai Tangkas, di sini, bertempiar­an melarikan diri sebaik bangunan surau di sekolah itu terbakar.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari kelmarin, semua pelajar terbabit berada di surau itu dan mengikuti pengajian agama.

Kebakaran dipercayai berpunca daripada percikan api kotak suis di surau berkenaan sebelum pelajar yang menyedari kejadian itu berlari keluar ke kawasan selamat.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi Mohd Azril Abdul Kadir berkata, sebaik tiba di sekolah berkenaan pihaknya mendapati api mulai marak membakar kotak suis berkenaan.

Menurutnya, sepasukan anggota bomba dari BBP Bangi berjaya memadam kebakaran dalam masa lima minit.

“Tiada sebarang kecederaan dilaporkan berikutan semua pelajar berjaya keluar dari surau berkenaan,” katanya.

“Ketika kejadian, kami semua sibuk bekerja sebelum siling bangunan itu runtuh mendadak,” kata seorang pekerja yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 37.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia