Harian Metro

Cabut lari gagal rentap rantai emas

-

Seorang lelaki hampir menjadi mangsa samun apabila rantai emas dipakai cuba direntap penjenayah ketika dia mahu masuk ke dalam kenderaann­ya.

Dalam kejadian jam 4 petang, mangsa yang mahu dikenali sebagai Zi Yan, 20-an berkata, dia baru keluar dari sebuah kedai elektrik di Bandar Mahkota Cheras, di sini, dan berjalan menuju ke arah keretanya.

Menurutnya, dia tidak menyedari dihampiri dua lelaki menunggang sebuah motosikal.

“Apabila saya membuka pintu kereta, seorang dairpada lelaki terbabit cuba merentap rantai leher. Bagaimanap­un, saya dapat memegang rantai itu.

“Penyamun terbabit cuba menarik dengan lebih kuat namun saya masih dapat mempertaha­nkannya,” katanya.

Zi Yan berkata, rantai hadiah sempena hari lahir bernilai kira-kira RM2,000 itu bagaimanap­un putus selepas direntap kuat penyamun terbabit.

“Selepas gagal menarik rantai saya, penjenayah terbabit akhirnya melarikan diri. Ketika itu mereka kelihatan masih tidak berpuas hati apabila memandang ke arah saya.

“Saya berasa lega kerana tidak dicederaka­n dalam kejadian itu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia