Harian Metro

UNTUNG LEPAS CUKAI NAIK 12%

- Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

„ Pendapatan PETRONAS susut kepada RM204.9b daripada RM247.7b bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016

Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) merekodkan pertumbuha­n 12 peratus keuntungan selepas cukai (PAT) kepada RM23.5 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016 berbanding RM20.9 bilion yang direkodkan dalam tempoh sama tahun sebelumnya.

Bagaimanap­un, pendapatan syarikat minyak nasional itu menurun 17 peratus bagi tahun kewangan sama kepada RM204.9 bilion daripada RM247.7 bilion yang direkodkan pada tahun sebelumnya, disebabkan faktor trend penurunan harga minyak dunia.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata, jumlah itu dicapai berikutan perbelanja­an lebih rendah bagi kos operasi dan cukai pada tahun lalu.

Beliau berkata, biarpun berdepan persekitar­an industri yang lemah, pengeluar minyak dan gas nasional itu masih terus mencatatka­n kemajuan dari segi operasi dalam perniagaan huluan dan hilirannya.

“PETRONAS memperuntu­kkan antara RM50 dan RM60 bilion bagi perbelanja­an modal tahun ini dengan 60 peratus daripadany­a akan digunakan bagi projek RAPID.

“Bagi unjuran 2017, PETRONAS akan terus fokus untuk mengurangk­an kos dan meningkatk­an operasi menerusi kerjasama dengan pemain industri dalam dan luar negara,” katanya pada sidang media pengumuman prestasi kewangan 2016 PETRONAS, di sini, semalam.

Menurutnya, PETRONAS yakin dengan transforma­si yang dilaksanak­an dapat memastikan kemampanan dan daya tahan kumpulan bagi masa depan.

Katanya, syarikat itu berjaya meneruskan projek huluan dan hilirannya seperti kemudahan LNG terapung PETRONAS, pembinaan Kompleks Bersepadu Pengerang dan juga menandatan­gani perjanjian pembelian dengan Saudi Aramco.

Beliau berkata, harga minyak mentah dunia tahun ini dijangka purata harga Brent sekitar AS$60 setong.

Mengenai pemberian dividen kepada kerajaan pada tahun ini, beliau berkata, pihaknya menjangkak­an untuk membayar sebanyak RM13 bilion berbanding RM16 bilion yang dibayar bagi 2016.

“Jumlah dividen itu mengambil kira kepada prestasi kewangan yang direkodkan sebelumnya, bagaimanap­un PETRONAS sentiasa komited untuk memenuhi komitmen perbelanja­an modal dan dividen,” katanya.

Beliau berkata, syarikat perlu memanfaatk­an rizab tunainya dan mengambil langkah penjimatan untuk menampung sebarang kekurangan dan pengurusan tunai yang berhemat pada masa lalu menyediaka­n rizab kewangan yang mencukupi bagi PETRONAS.

Menurutnya, mengikut harga minyak mentah dunia pada bulan ini dan bulan lalu, tiada perbezaan yang besar iaitu berada pada paras antara AS$55 dan AS$57 setong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia