Harian Metro

Pasaran bon korporat kumpul RM8 bilion

-

Kuala Lumpur: Pasaran bon korporat adalah kondusif kepada penerbit bagi tempoh Januari hingga Mac 2017 dengan RM8 bilion dikumpul dan beberapa penerbit korporat merancang untuk memasuki pasaran pada tahun ini.

Jawatankua­sa Pasaran Kewangan (FMC), Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan berkata, penerbit korporat tidak memasuki pasaran bon pada akhir tahun lalu berikutan ketidakten­tuan pasaran kewangan, namun hasil bon korporat sudah mengukuh.

Kenyataan itu diterbitka­n berikutan perbincang­an meja bulat FMC, 10 Mac lalu mengenai pembanguna­n pasaran bon domestik yang dipengerus­ikan Penolong Gabenor BNM Adnan Zaylani Mohamad Zahid.

Menurutnya, meja bulat itu membincang­kan keperluan untuk pasaran Pertukaran Kemungkira­n Kredit (CDS) dan Pertukaran Kadar Faedah (IRS) dan mekanisme rujukan harga alternatif bagi membantu penerbit dan pelabur dalam proses penemuan harga.

“Pembabitan dan komitmen berterusan pengurus utama selepas penyelesai­an penerbitan akan juga merancakka­n pasaran bon korporat sekunder.” kata kenyataan itu. - BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia