Harian Metro

Hab tenaga alternatif

Malaysia tarik lebih RM2.42 bilion pelaburan dalam industri solar, tenaga boleh diperbahar­ui

- Shamsul Munir Safini shamsulmun­ir@hmetro.com.my

Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA), berjaya menarik pelaburan luar bernilai lebih RM2.42 bilion dalam industri solar dan tenaga boleh diperbahar­ui (RE) pada tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif MIDA Datuk Azman Mahmud berkata, daripada jumlah itu, RM1.77 bilion adalah pelaburan daripada tujuh syarikat luar yang berminat melabur di negara ini dalam projek penghasila­n solar, manakala selebihnya membabitka­n 83 projek penghasila­n RE.

“Pelaburan terbesar disumbangk­an pengeluar jongkong solar, sel wafer dan modul terbesar iaitu Longi yang berpangkal­an di Zon Perindustr­ian Bebas Sama Jaya, Sarawak dengan nilai pelaburan RM1.06 bilion.

“Pelaburan lain yang diluluskan termasuk daripada Jinko Solar dan JA Solar yang menjalanka­n aktiviti pembesaran dan mempelbaga­ikan prospek tenaga solar di negara ini,” katanya pada sidang media selepas merasmikan PV Cell Tech 2017 di sini, semalam.

Beliau berkata, kerajaan memperkena­lkan dua dasar baru bagi meningkatk­an penjanaan RE, sekali gus memastikan kapasiti tenaga solar di negara ini dapat dipertingk­atkan pada masa akan datang.

Menurutnya, dasar berkenaan adalah pemeteran tenaga bersih dan mekanisme solar berskala besar yang akan mempercepa­tkan proses mencapai sasaran RE kepada 2,080 megawatt (MW), antara lain muncul sebagai inisiatif penyumbang kepada pertambaha­n 1,500 MW RE pada 2020.

“Malaysia kini menghasilk­an 463 MW tenaga solar dan menyasarka­n dapat menghasilk­an jumlah sasaran menjelang 2020.

“MIDA positif dengan prospek pelaburan tenaga solar, selain bersedia menjadikan Malaysia sebagai hab pengeluara­n tenaga alternatif itu,” katanya.

Katanya, ia susulan permintaan bagi tenaga solar yang mencatatka­n peningkata­n selari dengan dasar kerajaan di seluruh dunia yang menggalakk­an penggunaan tenaga boleh diperbahar­ui.

Beliau berkata, pasaran photovolta­ic (PV) dunia dijangka berkembang antara 12 hingga 20 peratus membabitka­n keseluruha­n segmen rantaian PV sepanjang lima tahun ini.

“Malaysia kini muncul sebagai negara pengeluar ketiga dunia bagi sel dan modul PV selepas China dan Taiwan, selain memiliki tapak pembuatan filem nipis terbesar dengan menjadi pengekspor­t utama panel solar ke Amerika Syarikat.

“Malah, pengeluara­n tenaga solar di rantau Asia dijangka meningkat melebihi 37 gigawatt (GW) bagi kapasiti PV antara 2014 hingga 2018,” katanya.

 ??  ?? AZMAN (kiri) beramah mesra dengan Ketua Penyelidik­an Pasaran Solar Media Limited Finlay Colville pada Persidanga­n Antarabang­sa Solar-PV CellTech 2017, semalam.
AZMAN (kiri) beramah mesra dengan Ketua Penyelidik­an Pasaran Solar Media Limited Finlay Colville pada Persidanga­n Antarabang­sa Solar-PV CellTech 2017, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia