Harian Metro

Tambah nilai YES dapat televisyen

-

Kuala Lumpur: YTL Communicat­ions Sdn Bhd (YTL Communicat­ions), penyedia rangkaian 4G jenama Yes menganjurk­an kempen Tambah Nilai & Menang yang menawarkan hadiah menarik untuk pengguna prabayarny­a.

Pengguna prabayar Yes 4G kini boleh menikmati lebih nilai berganda bagi masa terhad.

Dalam satu kenyataan media, YTL Communicat­ions berkata, Yes juga menyediaka­n hadiah televisyen LED 50 inci setiap hari sepanjang kempen berkenaan.

“Tawaran terhad ini berlangsun­g hingga 31 Mac yang memberikan nilai Beli 1 Percuma 1 bagi sebarang tambah nilai kedua dan seterusnya yang akan menerima nilai berganda.

“Tambah nilai itu bernilai RM10, RM30, RM50 dan RM100 yang memberikan pengguna nilai RM20, RM60, RM100 dan RM200,” katanya.

Dengan setiap tambah nilai yang dibuat, selain nilai berganda, pengguna berpeluang menerima televisyen LED 50 inci percuma.

Pemenang dipilih secara rawak setiap hari dengan lebih banyak tambah nilai yang dibuat, lebih tinggi peluang untuk menang.

Kempen itu terbuka kepada semua pengguna prabayar Yes 4G yang baru dan sedia ada. Pek permulaan dan tambah nilai Yes 4G boleh didapati di Stor Yes, Stor Online Yes, rakan niaga Yes atau menerusi aplikasi MyYes4G.

Pengguna boleh menyemak nama pemenang setiap Isnin di Facebook Yes 4G dan untuk maklumat lanjut, layari www.yes.my/reload&win.

 ??  ?? KETUA Pegawai Operasi YTL, Ali Tabassi (kiri) bersama pemenang harian Tambah Nilai & Menang, Ng Ming Tin menerima hadiah televisyen LED 50 inci.
KETUA Pegawai Operasi YTL, Ali Tabassi (kiri) bersama pemenang harian Tambah Nilai & Menang, Ng Ming Tin menerima hadiah televisyen LED 50 inci.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia