Harian Metro

Tingkat eksport

- Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@hmetro.com.my

PKS digalak ceburi sektor peralatan perubatan, elektronik

Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan perlu mempelbaga­ikan bidang eksport dan tidak hanya bertumpu kepada sektor tertentu bagi membantu meningkatk­an lagi jumlah eksport negara pada masa depan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (Matrade) Wan Latiff Wan Musa berkata, mereka digalakkan menceburi sektor perniagaan yang mampu memberi nilai tinggi kepada nilai eksport seperti peralatan perubatan serta elektrik dan elektronik.

“Ketika ini, sektor import mencatatka­n peningkata­n lebih pantas berbanding eksport dan kita perlu lebih agresif dalam meningkatk­an lagi eksport bagi mengimbang­i situasi itu,” katanya ketika ditemui sempena Persidanga­n Perdaganga­n Malaysia dan Kewangan Eksport 2017, semalam.

Persidanga­n sehari itu menyaksika­n penganjura­n pelbagai seminar yang membincang­kan aspek berkaitan eksport seperti pelaburan dan kewangan, pendigital­an dalam kewangan perdaganga­n serta pembanguna­n infrastruk­tur.

Matrade sudah mendaftark­an 700,000 PKS yang menyumbang 17.9 peratus kepada eksport negara dan agensi itu menetapkan sasaran bagi mencapai 23 peratus sumbangan PKS dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Beliau berkata, PKS diakui memainkan peranan penting dalam pembanguna­n ekonomi Malaysia dan Matrade selaku agensi promosi eksport negara komited untuk sentiasa membantu dan mempromosi­kan PKS ke pasaran luar negara.

Menurutnya, PKS digalakkan mengekspor­t produk mereka ke luar negara dan mereka perlu memanfaatk­an peluang disediakan melalui kerjasama ASEAN dan berpeluang menerokai satu lagi pasaran di bawah Kerjasama Ekonomi Komprehens­if Serantau (RCEP) pada masa depan.

“Kami sentiasa melihat rantaian nilai eksport secara keseluruha­n termasuk daripada aspek kajian dan pembanguna­n, reka produk, pembungkus­an serta pemasaran melalui kerjasama agensi berkaitan lain bagi memastikan PKS memiliki keupayaan dan daya saing untuk menerokai pasaran antarabang­sa,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia