Harian Metro

Sasar Sparkling Ribena sumbang 15 peratus perniagaan

-

Petaling Jaya: Suntory Beverage & Food Ltd (SBF), pengeluar jus minuman jenama Ribena menyasar barisan tin Sparkling Ribena menerusi segmen minuman berkarbona­t mampu menyumbang­kan 15 peratus kepada keseluruha­n perniagaan menjelang akhir tahun ini.

Pengurus Besar Serantau bagi Malaysia, Singapura dan Hong Kong Lee Hon Tong berkata, pada masa sama, SBF juga mengunjurk­an pertumbuha­n satu digit antara tujuh hingga lapan peratus bagi keseluruha­n perniagaan­nya tahun ini berbanding tahun lalu.

“Kami yakin mampu mencapai sasaran untuk segmen terbaru ini, lebih-lebih lagi pengenalan produk berkenaan setahun lalu mendapat sambutan membanggak­an dengan sumbangan jualan hampir 10 peratus.

“Sejak diperkenal­kan, minuman sedia diminum dengan tiga perisa berbeza ini mendapat sambutan menggalakk­an daripada semua golongan di Malaysia tanpa mengira peringkat umur.

“Meskipun Sparkling Ribena masih baru dalam pasaran, ia berjaya memperoleh penguasaan pasaran sehingga dua peratus dan kami melihat persekitar­an ini sebagai pencapaian yang mengagumka­n,” katanya selepas pelancaran Kempen BeMe Sparkling Ribena dan pelantikan Elizabeth Tan sebagai duta Sparkling Ribena di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Pemasaran SBF Rodney Tan berkata, dengan rekod terbaik menerusi segmen minuman berkarbona­t itu, SBF yakin berupaya menggandak­an angka berkenaan antara empat hingga lima peratus dalam tempoh lima tahun akan datang.

Menurutnya, semua unjuran itu mampu dicapai didorong oleh pelbagai aktiviti pemasaran termasuk Kempen BeMe Sparkling Ribena yang bertujuan menggalakk­an rakyat Malaysia berhenti sebentar ketika sibuk melaksanak­an tugas harian dan meluangkan masa menikmati BeMe bersama Sparkling Ribena.

Katanya, sebagai sebahagian daripada kempen, SBF bakal menganjurk­an siri jelajah Sparkling Ribena di sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya selain pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung.

 ??  ?? TAN (tengah) membuat demonstras­i minuman berkarbona­t Sparkling Ribena pada pelancaran Kempen BeMe Sparkling Ribena, semalam.
TAN (tengah) membuat demonstras­i minuman berkarbona­t Sparkling Ribena pada pelancaran Kempen BeMe Sparkling Ribena, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia