Harian Metro

TAKTIK TAK KENA CARA

- Agensi

Tindakan seorang lelaki kononnya bergurau menghantar gambar menunjukka­n seolah-olah tunangnya mati dibunuh semata-mata mahu menuntut hutang daripada kakaknya memakan diri apabila pasangan itu didakwa di mahkamah.

Micah Risner, 29, dan tunangnya, Nataleigh Schlette didakwa mencetuska­n panik apabila menghantar gambar pembunuhan palsu kepada ahli keluarga mereka.

Risner menghantar gambar melalui telefon bimbit kepada kakaknya yang menunjukka­n Nataleigh terbaring berlumuran darah di tab mandi.

“Tolong bantu saya. Saya tidak berniat melakukan ini. Saya tidak ingat apa-apa. Kami bergaduh dan apabila bangun saya terlihat ini,” katanya kepada kakaknya.

Bagaimanap­un, tindakan Risner itu menyebabka­n keluargany­a panik dan menghubung­i talian kecemasan.

Polis yang menyerbu rumah pasangan berkenaan di Sandusky di Ohio terkejut apabila mendapati Nataleigh masih hidup dan gambar pembunuhan yang dihantar Risner hanyalah gurauan menggunaka­n sos untuk kelihatan seperti darah.

Jurucakap polis, John Orzech

Pasangan didakwa selepas rakam adegan pembunuhan palsu untuk tuntut hutang

berkata, pasangan itu perlu bertanggun­gjawab kerana mencetuska­n panik dan membuang masa pihak berkuasa.

“Mereka mencipta senario dalam fikiran orang bahawa sesuatu yang buruk berlaku.

“Kami menghantar hampir semua anggota di Sandusky untuk menyiasat kes ‘pembunuhan’ berkenaan,” katanya.

Katanya, ketika disoal siasat Risner mengakui cuma mahu kakaknya datang kerana wanita itu berhutang dengannya.

Katanya, pasangan itu mengaku tidak bersalah ketika didakwa di mahkamah di

Sandusky baru-baru ini.

 ??  ?? GAMBAR menunjukka­n seolah-olah Nataleigh mati dalam keadaan berlumuran darah di dalam tab mandi. - Agensi RISNER bersama
t u n an gn y a, Nataleigh. - Agensi
GAMBAR menunjukka­n seolah-olah Nataleigh mati dalam keadaan berlumuran darah di dalam tab mandi. - Agensi RISNER bersama t u n an gn y a, Nataleigh. - Agensi
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia